Connect with us
Kool FM

Berita

Kebakaran Hutan Simpan di Banting, Salah Siapa?

Bomba “berperang” besar

Published

on

Ketika seluruh negara sedang berperang dengan Covid 19, ada juga yang sedang berperang dengan kebakaran hutan.
Selain faktor cuaca kering dan panas, manusia yang tidak bertanggungjawab juga menjadi punca kepada pembakaran hutan yang berleluasa.
Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di Banting, memusnahkan lebih 110 hektar hutan di kawasan itu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Tuan Norazam bin Khamis, berdasarkan siasatan, kebakaran berlaku tiga hari sebelum bomba menerima laporan hingga menyebabkan kebakaran menjadi terlampau besar.
Dalam temubual Kool Talk bersama AG Haiza dan Muaz di Kool FM, Tuan Norazam tidak dapat memastikan sama ada peneroka haram yang membuat pembakaran terbuka untuk membersihkan kebun atau sebab lain.
Lagi penjelasan ringkas Tuan Norazam, tekan play di video bawah:

View this post on Instagram

AG, Haiza dan Muaz pagi tadi menghubungi Yang Setia, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Tuan Norizam bin Khamis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor tentang kebakaran hutan simpan di banting. #KoolFM #KoolFMAGHaizaMuaz #KoolTalk

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Beliau percaya kebakaran dicetuskan oleh manusia kerana kompartmen itu sukar untuk kebakaran berlaku secara semulajadi. Beliau juga sedikit lega dengan cuaca hujan yang dapat menghalang daripada merebaknya kebakaran ke kompartmen lain.
Dalam perkembangan lain, Tuan Norazam turut memberi tip keselamatan mengenai penggunaan elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, termasuk penjelasan mengenai penyambungan wayar yang banyak di rumah.
Dengarkan Catch Up Kool untuk rakaman penuh:
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement