Connect with us
Kool FM

Berita

KDNK Johor suku kedua 2020 mungkin merosot

Published

on


ISKANDAR PUTERI: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor pada suku kedua 2020 berkemungkinan besar lebih merosot berbanding penguncupan 17.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ini kerana ekonomi Johor pada permulaan 2020 dalam keadaan yang kurang memberangsangkan selepas pertumbuhan KDNK 2019 adalah pada kadar 2.7 peratus.

Katanya lagi, pertumbuhan paling rendah dalam 10 tahun ini dipengaruhi oleh momentum perlahan sektor perkhidmatan, perbuatan dan pembinaan.

“Malah pada 2019, Johor menunjukkan penurunan paling merosot dalam membandingkan pertumbuhan KDNK tahun ke tahun merentasi negeri setelah meningkat 5.6 peratus pada 2018.

“Berasaskan trend terkini dan faktor-faktor di atas, KDNK Johor 2020 dianggarkan akan menguncup pada kadar yang lebih merosot dari ramalan paras nasional iaitu -3.5 peratus sehingga -5.5 peratus,” katanya dalam jawapan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Tambah Hasni, secara kebiasaannya, KDNK Johor menguncup lebih banyak daripada kadar nasional kerana kebergantungan dinamik ekonomi negeri kepada Singapura.

Beliau menambah, sektor perkhidmatan negeri telah mengalami penurunan ketara dalam perdagangan borong dan runcit, serta subsektor makanan dan minuman dan penginapan akibat permintaan agregat yang menurun.

“Sektor pembinaan Johor telah merosot 27.7 peratus pada 2019. Ia adalah sektor paling terkesan.

“Hasrat untuk mengembalikan prestasi cemerlang pertumbuhan ekonomi pada 9.6 peratus iaitu pada 2018 tidak dapat dilaksanakan pada separuh pertama 2020.

“Ini adalah disebabkan tapak pembinaan tidak dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seterusnya pengenalan prosedur operasi standard (SOP) memberi satu cabaran kepada industri ini,” katanya.

Menyentuh perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Hasni berkata sektor itu juga sama terkesan dengan dianggarkan lima hingga 10 peratus PKS di Johor terpaksa tutup perniagaan akibat gangguan aliran tunai yang teruk.

“Kadar pengangguran Johor dianggarkan sejumlah 173,000, malah lebih. Hal ini disebabkan pertumbuhan ekonomi Johor yang perlahan terutama sekali dalam sektor pelancongan dan sektor perkhidmatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post KDNK Johor suku kedua 2020 mungkin merosot appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement