Kau Takdirku | Kool FM
Home > Yang Kool > Kau Takdirku

Primeworks Studios telah melancarkan treler rasmi filem ‘Kau Takdirku’ secara serentak di semua platform media sosial milik Media Prima. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, peminat-peminat filem tem-patan sangat teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah romantis ini yang bakal menghangatkan pawagam seluruh Malaysia bermula 7 September 2017.

Mempertaruhkan Ezzaty Abdullah sebagai teraju utama yang bergandingan dengan hero pujaan ramai, Remy Ishak dan pelakon hebat, Bront Palarae, filem ‘Kau Takdirku’ bakal menyentuh perasaan penonton-penonton dengan kisah tragis cinta segi tiga. ‘Kau Takdirku’ mengisahkan tentang Kamar (Remy Ishak) yang memen-dam cintanya terhadap Alya (Ezzaty Abdullah) yang mengahwini rakannya, Harris (Bront Palarae). Apabila Harris hilang di laut, takdir telah menyatukan Kamar dan Alya. Namun cinta Kamar diuji sekali lagi apabila Harris pulang ke pangkuan Alya. Mampukah cinta Kamar mengatasi takdir atau dia terpaksa berkorban demi kebahagiaan orang yang dicintainya?

Filem ini menampilkan sinematografi indah pantai dan kehidupan laut di Pulau Langkawi merupakan percubaan pertama pengarah Jason Chong dalam menghasilkan filem cinta berbentuk drama berat. Garapan yang dibuat bagi babak-babak penting dalam filem ini disokong dengan skrip tulisan Azlina Pa’wan, yang menyentuh perasaan. ‘Kau Takdirku’ turut menampilkan dramatis terkenal, Kartina Aziz, pelakon dan penyanyi, Aishah Hasnaa di samping kemunculan sulung pengacara, Megan Tan.

Leave a Reply