Home > Dramatik Kool > Kau Aku Bro

Sinopsis

Luqman (Fikri Ibrahim) dan Rashid (Amerul Effendi) merupakan kawan baik merangkap housemate. Luqman seorang lelaki kacak dan mempunyai ramai kawan perempuan, manakala Rashid seorang lelaki pendiam dan pemalu dengan perempuan. Rashid menyuarakan hasratnya ingin mempunyai teman wanita kepada Luqman.

Sejak itu Luqman memberikan pelbagai panduan memikat wanita kepada Rashid. Luqman juga memperkenalkan ramai wanita kepada kawan baiknya itu. Pelbagai peristiwa pelik dan lucu yang berlaku sepanjang usaha Rashid untuk mendapat teman wanita. Luqman pula tidak berputus-asa memberikan sokongan pada Rashid. Satu hari Luqman mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada teman wanitanya yang berada di luar negara. Luqman nekad terbang ke New Zealand untuk bertemu dengan teman wanitanya itu. Malangnya Luqman mendapat tahu bahawa teman wanitanya curang selama ini.

Sejak itu Luqman putus-asa dan hilang keyakinan diri. Manakala Rashid pula yang menghadapi pelbagai nasib malang selama ini akhirnya bertemu dengan seorang doktor wanita yang sudi menjadi temannya. Kegembiraan Rashid tidak berpanjangan apabila teman wanitanya itu mengesahkan bahawa Rashid menghidapi penyakit kronik yang boleh membawa maut. Rashid murung dan berubah menjadi seorang yang pemarah. Nasib tidak menyebelahi Rashid dan Luqman. Namun sebagai kawan baik, mereka saling menjaga antara satu sama lain.

Disebabkan Rashid yang menghidap penyakit kronik dan tidak dapat hidup lama, Luqman cuba menghiburkan hati kawannya itu. Mereka melakukan perkara-perkara gila yang tak pernah dilakukan oleh Rashid sebelum ini. Sehinggalah pada suatu hari mereka terbaca di surat khabar tentang berita penangkapan teman wanita Rashid, rupa-rupanya teman wanita Rashid merupakan seorang doktor palsu atau diberikan julukan ‘doktor youtube’. Rashid selama ini telah ditipu oleh teman wanitanya yang mengatakan dia menghidap penyakit kronik dan akan mati. Rashid dan Luqman sedar bahawa persahabatan mereka lebih berharga daripada perempuan-perempuan yang mereka puja dan kejar selama ini. Rashid dan Luqman berikrar untuk menjadi ‘blood brothers’ selamanya.

Watak & Perwatakan

Luqman (Fikri Ibrahim)

Seorang lelaki berusia 20-an. Kacak, kelakar, baik hati, mempunyai ramai kawan perempuan, gila-gila dan sensitif.

 

Rashid (Amerul Effendi)

Seorang lelaki berusia 20-an. Seorang yang membosankan, tak pandai buat lawak, pemalu, tak pernah ada teman wanita, penakut dan pendiam.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply