Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Kata-Kata Semangat Buat Pesakit Kanser Payudara Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia

Semoga semua golongan yang menghidap penyakit kanser sentiasa berfikiran positif dan terus diberikan kekuatan dalam meneruskan kehidupan.

Published

on

Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut digelar sebagai “Pinktober” iaitu bulan istimewa untuk memperingati dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit kanser payudara sedunia
Seperti yang kita tahu, kanser payudara atau barah payudara adalah penyakit yang paling kerap di dunia dan ia merupakan kanser nombor satu penyebab kematian.
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir separuh iaitu 48% daripada kes kanser payudara di Malaysia berlaku dalam kalangan wanita yang berusia 30 dan 60 tahun, di mana hampir separuh daripada mereka yang terlibat adalah di bawah 50 tahun.
Jadi, bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia, jom kita dengarkan tip dan kata-kata semangat daripada salah seorang pejuang penyakit kanser, iaitu Puan Hanes yang ditemu bual oleh penyampai radio Pagi Hari Di Kool, Muaz dan juga Haiza.
Menurut Puan Hanes, pesakit yang menghidap kanser perlu sentiasa berkongsi masalah mereka kepada ahli keluarga atau dengan mereka yang juga menghidap penyakit yang sama.
Seboleh-bolehnya, elakkan memendam rasa dan terpengaruh dengan kata-kata negatif orang ramai selain sentiasa kuatkan semangat dalam menempuhi ujian kehidupan.
Selain itu, Puan Hanes juga menggalakkan mereka untuk muhasabah diri serta memperbanyakkan doa agar diberi kesembuhan daripada penyakit tersebut.
Dalam pada itu, mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin kongsikan masalah berkaitan penyakit kanser boleh layari laman sesawang Facebook, iaitu Cancer Survivor Malaysia.

Semoga semua golongan yang menghidap penyakit kanser sentiasa berfikiran positif dan terus diberikan kekuatan dalam meneruskan kehidupan.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement