Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Kasihan Penyanyi Dan Pemuzik, Mereka Nak Makan Apa Ya?” – Hattan

Bersabar ye…

Published

on

Penyanyi terkenal Datuk Hattan berharap golongan penyanyi dan pemuzik tidak dipinggirkan kerajaan memandangkan mereka juga turut terkesan susulan tiada punca pendapatan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak beberapa bulan lalu.

Perkara tersebut diluahkan pelantun lagu Biso Bonar itu menerusi laman Facebook miliknya.

Menurut laporan Berita Harian, Hattan berkata, golongan penyanyi dan pemuzik hanya mahu mencari makan dan peluang pekerjaan selain bersedia mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan kepada penggiat seni.

“Penyanyi dan pemuzik pun nak cari makan. Kita bukan nak meminta duit atau apa-apa, cuma mahu peluang kerja seperti biasa dengan SOP yang betul. Dengan peluang pekerjaan inilah, dapat mencari rezeki menampung hidup.

“Kami tidak kisah mematuhi SOP seperti yang digariskan kepada penggiat seni. Kami hanya ingin mencari rezeki, maklumlah sudah berbulan pendapatan terputus.

“Golongan penyanyi dan pemuzik faham kerajaan perlu menguruskan banyak perkara. Namun, pasti ada cara untuk kami meneruskan survival seni. Contohnya, pemuzik jalanan boleh menghiburkan orang ramai di kafe atau lokasi tertentu mengikut SOP. Jadi, saya harap kerajaan tidak terlepas pandang golongan kami,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement