Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Karya P Ramlee Paling Diingati

Siapa peminat setia Tan Sri P Ramlee?

Published

on

Siapa peminat setia Tan Sri P Ramlee?

Ramai yang mengagumi Allahyarham Tan Sri P Ramlee  atau nama asalnya, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh  kerana beliau adalah legenda yang begitu berbakat sebagai seorang penyanyi, pemuzik, komposer, penulis lirik, pelakon, pengarah dan produser yang sudah menabur bakti dan jasa ke dalam dunia muzik dan perfileman tempatan.

Jom throwback beberapa karya terbaik beliau yang paling diingati ramai.

1. Pendekar Bujang Lapok (1959)

Pendekar Bujang Lapok adalah filem kedua dalam siri Bujang Lapok mengisahkan tiga rakan baik iaitu Ramlee, Aziz dan Sudin yang cuba mempelajari ilmu silat dengan Pendekar Mustar dan pada masa sama ingin cuba memikat hati anak pendekar bernama Rose.

2. Ali Baba Bujang Lapok (1961)

Filem ini adalah ketiga daripada francais Bujang Lapok yang asasnya diilhamkan daripada cerita Ali Baba dalam Hikayat 1001 Malam.

Filem ini juga antara beberapa filem yang menonjolkan P Ramlee memegang watak antagonis.

3. Madu Tiga (1964)

Filem ini menceritakan seorang lelaki berkahwin tiga tanpa pengetahuan setiap isteri yang mereka sebenarnya dimadukan. Rugi siapa yang belum tengok!

4. Ahmad Albab (1968)

Mengambil kisah dongeng Melayu yang penuh dengan pesanan moral, filem ini menampilkan P Ramlee bersama isterinya sendiri, Puan Sri Saloma.

Filem ini juga menekankan pengajaran mengenai orang kaya sombong dan bongkak yang mengahwinkan anaknya kepada seorang pengembala kambing miskin berasal dari kampung.

5. Do Re Mi (1966)

Sebenarnya, filem Do Re Mi berdasarkan filem Hollywood berjudul The Three Stooges. Ia adalah judul pertama bagi siri Do Re Mi yang kemudiannya diikuti dengan judul Nasib Do Re Mi (1966) dan Laksamana Do Re Me (1972) yang juga filem terakhir lakonan P Ramlee sebelum meninggal dunia.

Ada banyak lagi filem-filem menarik oleh beliau antaranya Anakku Sazali, Hang Tuah, dan Ibu Mertuaku.

Filem manakah yang menjadi kegemaran anda? Cuba komen di bawah.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement