Connect with us
Kool FM

Berita

Kapal layar ‘kepala angsa’ bernilai RM2.1 bilion

Published

on


LONDON: Pereka Itali Lazzarini mendedahkan beberapa gambar rekaan grafik kapal layar terbaharunya, Avanguardia yang menyerupai bentuk angsa.

Lapor Daily Mail, kapal layar seumpama pertama itu menampilkan reka bentuk ‘leher’ ramping serta badan kapal berlapis yang elegan dan menarik, bertujuan menyerupai sayap dan bulu angsa.

Jelas laporan itu, pemilik Avanguardia juga boleh me­ngendalikan kapal layar itu dari bahagian ‘kepala angsa’ yang berfungsi sebagai menara kawalannya.

Kapal layar mega berbentuk angsa sepanjang 137 meter di­jangka menelan kos perbelanjaan sebanyak AS$500 juta (RM2.1 bilion).

Bahagian kepala kapal layar itu juga boleh diubah menjadi bot tambahan.

Dilaporkan, Avanguardia dapat menampung hingga 60 penumpang termasuk 24 tetamu dan anak kapal, malah turut dilengkapi dengan dua helikopter yang diletakkan di dalam dua hangar kapal layar itu.

Lazzarini yang merupakan pereka konsep kapal layar itu berkata, Avanguardia juga dilengkapi dengan dua ‘kapsul jet’ iaitu kapal mini yang boleh digunakan untuk pelayaran di laut.

Seorang jurucakap Lazzarini berkata, kapal layar itu diilhamkan oleh komik manga Jepun pada tahun 1970an.

Katanya, Avanguardia yang mempunyai ciri-ciri rekaan masa depan boleh menjadi rea­liti sekiranya pelanggan sanggup melabur sebanyak AS$500 juta untuk pembinaannya.

Kapal layar besar itu juga mempunyai lima dek utama dan enjin jet Rolls Royce yang boleh mencapai 18 knot.

The post Kapal layar ‘kepala angsa’ bernilai RM2.1 bilion appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement