Connect with us

Berita

Kanser Payudara Tertinggi Di Pulau Pinang!

Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya kedua, Johor ketiga

Published

on

Pulau Pinang mencatatkan kadar kes kanser payudara tertinggi dalam kalangan wanita di negara ini.

50 kes bagi setiap 100,000 wanita dilaporkan di negeri itu.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 42 kes bagi 100,000 wanita , dan Johor 39 kes  bagi 100,000 wanita.

Menurut Hannah, Pulau Pinang mencatatkan kadar tertinggi kerana golongan wanita di negeri itu mempunyai kesedaran sangat tinggi berhubung kanser payudara dan menjalankan pemeriksaan awal di hospital, klinik serta agensi berkaitan, seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN.

“Kerajaan Persekutuan melalui LPPKN pada tahun ini memperuntukkan RM20 juta khusus untuk wanita di seluruh Malaysia bagi pelaksanaan 3 program”

“Sejumlah RM11.4 juta telah diperuntukkan bagi Program Subsidi Ujian Mammogram, RM5 juta untuk Program Vaksinasi Human Papilloma Virus percuma, dan RM3.6 juta untuk Program Rintis Saringan Kanser Serviks. “

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement