Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

“Kandungan Kini Dalam Bulan Keempat,”- Bakal Jadi Ibu, Fazura Dihujani Ucapan Tahniah

Published

on


Tak ada berita yang lebih menggembirakan bagi seorang wanita selain menimbang cahaya matanya sendiri. Perkataaan ‘ibu’ begitu suci dan mahal harganya. Kegembiraan membawa kandungan selama 9 bulan kini bakal menjadi detik terindah bagi pelakon dan penyanyi, Fazura.

Setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga, Fazura kini berkongsi keterujaannya di laman Instagram mengumumkan dia kini sudah mengandung empat bulan. Penyanyi lagu Can’t Forget Me itu percaya ini adalah waktu terbaik dan sesuai dengan peraturan Allah.

“Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.

Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya dalam kapsyen Instagram.

Fattah dan Fazura kemudian dihujani ucapan tahniah oleh rakan artis dan para peminat. Nampaknya ramai juga yang tak sabar menantikan kehadiran bayi mereka berdua ini.

Kami di Donna ingin mengucapkan tahniah buat Fattah dan Fazura. Semoga Fazura dilindungi dan selamat sehingga proses melahirkan. Agak-agak apa agaknya nama bayi mereka nanti ya? Tak sabarnya!

 

 

 

 

 



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement