Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Kanak-Kanak Tidur Bergelimpangan Di Kali Lima, Orang Awam Kurang Memahami Isu Gelandangan Ini

Published

on


Apa lah, bagi anak tidur dekat kaki lima, mesti mak bapak dia pemalas nak cari kerja sampai anak pun terbiar!”

Tanpa baju yang elok dan berbantalkan lantai jalanan, golongan gelandangan ini sering dilihat sebagai insan yang kotor dan tiada masa depan. Pernah tak anda terfikir bagaimana kewujudan individu seperti ini adalah disebabkan pelbagai faktor atas kesempitan hidup, konflik keluarga, gangguan mental dan lain-lain.

Sebaik sahaja melihat mereka, pasti akan timbul rasa belas kasihan dan simpati mereka melihat terutama wanita dan kanak-kanak. Mungkin ramai yang masih tidak mengerti tentang maksud sebenar gelandangan dan memandang remeh terhadap kumpulan masyarakat ini yang memerlukan bantuan daripada kita.

Bersempena dengan sambutan hari kanak-kanak jalanan, team Donna berkesempatan untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada kanak-kanak ini supaya mereka turut merasai seperti mana anak-anak yang lain.

Ibarat seperti serampang dua mata, aktiviti ini bukan sahaja untuk menambat hati kanak-kanak gelandangan malah membuatkan mereka berasa gembira dengan kehadiran orang luar dimana sedikit sebanyak dapat mewarnai kehidupan mereka.

Bertempat di lokasi Jalan Medan Tuanku pada 9 malam, kanak-kanak jalanan ini sudah berkeliaran dan bermain di tepi kali lima. Ada yang datang bersama ibu bapa dan ada juga yang bersendirian tanpa rasa takut dan bimbang. Salah seorang daripada team kami  mendekati seorang anak kecil yang berusia 6 tahun agar lebih mesra dan dekat dengan mereka bersempena dengan sambutan ini.

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah berdosa.. ( Surah Al Hujurat) 

Image result for kanak-kanak gelandangan

Untuk pengetahuan anda, isu dokumentasi terhadap gelandangan ini sebenarnya menjadi faktor kritikal dan titik rumit bagi membetulkan persepsi orang awam terhadap mereka. Selain mendapat tempat tinggal yang selesa mereka, amat memerlukan bantuan kaunseling, khidmat nasihat dan rawatan kesihatan.

Bagi masyarakat diluar sana, diharapkan anda tidak terlalu mudah untuk membuat kesimpulan terhadap penilaian golongan gelandangan ini. Penampilan dan imej orang tertentu tidak bermakna mereka tiada maruah. Tidur bergelimpangan di kaki lima tidak bermaksud tiada kerja dan pemalas.

Penghujungnya apa yang kita impikan adalah kerjasama individu, pihak kerajaan dan NGO bersama-sama untuk menangani isu gelandangan ini.

 

Artikel berkaitan:

Anak Enggan Ke Sekolah? Mungkin Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Ibu Bapa

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement