Connect with us

Berita

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh dalam Kari

Alamak..

Published

on

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat melecur teruk selepas terjatuh ke dalam periuk berisi kari panas di Telangana, India pada Ahad lalu.

Menurut sebuah portal online, kejadian di daerah Ranga Reddy berlaku apabila mangsa, Suresh dikatakan leka bermain di tempat memasak ketika menghadiri sebuah majlis bersama bapanya.

Dia secara tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk kari yang menggelegak itu sebelum dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia kelmarin.

Sebelum ini, kejadian sama dilaporkan berlaku pada awal bulan ini apabila kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terjatuh ke dalam hidangan itu di sekolahnya di Panyam, Kurnool.

Dia terjatuh ketika berlari untuk mengambil makanan tengah hari dan polis mengemukakan kes terhadap pengurusan sekolah kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement