Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Kampung People Musim Kedua Sudah Bermula!

Kampung People musim kedua sudah kembali!

Published

on

Tentu sekali ramai yang masih ingat dengan drama Kampung People yang pernah menggeletek ramai penonton pada awal tahun ini. Kini, drama fenomena tersebut kembali semula untuk musim kedua yang sudah mula ditayangkan di slot Lestray, TV3 pada jam 9 malam. Episod pertama sudah pun disiarkan pada hari Khamis.

Masih mengekalkan pelakon asal, drama terbitan KL Motion Pictures dan diarahkan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu memaparkan kehidupan keluarga Razif lakonan Rashidi Ishak yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi (Nam Ron) dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Dalam musim kedua ini, Razif yang kembali kepada kehidupan lamanya dilihat tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Disebabkan tekanan itu, Razif mula merindui kehidupan di kampung. Oleh kerana rindukan Jaafar (Hun Haqeem), Laila (Riena Diana) berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung.

Demi memujuk isterinya Mona (Elly Mazlien), Razif kemudian berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.

Penambah seri bagi musim terbaru ini turut menampilkan Adibah Noor (Dona) sebagai ibu Mona, Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah). Kehadiran watak baru ini tentu menghangatkan lagi plot drama tersebut. Selain Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana dan Hun Haqeem, pelakon lain terbabit seperti Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan Kamarul Eqifshah. Jangan lupa saksikan Kampung People musim kedua, setiap Rabu hingga Khamis pada jam 9 malam, TV3. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement