Kami Kesian Tengok Akak Ni. Korang Pulak? | Kool FM
Home > Ceritera Kool > Kami Kesian Tengok Akak Ni. Korang Pulak?

Kami Kesian Tengok Akak Ni. Korang Pulak?

Selepas seorang pengguna Facebook memviralkan perniagaan nasi lemak yang dijual oleh Kak Ain di satu lokasi dekat stesen minyak di Lebuhraya MRR2, Kool FM terpanggil untuk membantu. Penyampai Petang Kool Muaz dihantar untuk membantu Kak Ain menjual nasi lemak kepada pelanggan yang dah beratur sejak pukul 7 pagi!

Kak Ain menjadi viral kerana menjual nasi lemak , sambil mengendong seorang anak kecil guna baby carrier, dengan dua lagi anaknya menunggu tepi jalan. Kak Ain menyediakan 300 bungkus nasi lemak untuk dijual setiap hari.

(Gambar Facebook Lynn Ahmad)

Says.com yang memetik pengguna Facebook bernama Lynn Ahmad menyatakan, keadaan ketika itu membuatkan naluri ibu dan hatinya sebak, kerana memahami situasi bila seorang wanita yang bergelar ibu kepada 2 atau 3 orang anak yang terpaksa bekerja dan meniaga untuk menyara kehiduapan anak beranak.

(Gambar Facebook Siti Azira Ahmad)

Bila Lynn Ahmad share mengenai Kak Ain, dan menggesa orang ramai beli nasi lemak dijual Kak Ain, maka ramai lah yang datang beratur membantu dan membeli nasi lemak yang berharga seringgit tu. Dah lah murah, sedap pula tu.

(Gambar Facebook Armizi Ishak)

Baru baru ni, stesen minyak tempat Kak Ain meniaga juga menolong dengan membeli 50 bungkus nasi lemak untuk dijual di stesen minyak itu sendiri.

Susulan kisah Kak Ain yang viral, Kool FM pun terpanggil untuk membantu. Bersesuaian dengan kempen Kool Kan Ada, Kool FM merasakan Kak Ain patut mendapat kegembiraan seperti mana penyertaan dan pemenang kempen Kool Kan Ada. Maka, Kool FM menghantar penyampai Petang Kool, Muaz untuk turun padang membantu Kak Ain.

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

 

Muaz dan geng Kool FM berada di sana seawal jam 7 pagi, dan Kak Ain mula menjual jam 730pagi. Muaz memang tolong sediakan nasi lemak untuk pengunjung yang dah mula beratur, tolong jual sampai semua nasi lemak habis. Selalunya Kak Ain sediakan 300 bungkus je, kali ni Kak Ain buat 400 bungkus. SOLD OUT!

Pagi tadi, dua anak Kak Ain yang umur 13 tahun dan 10 tahun tiada bersamanya, cuma anak paling kecil sahaja yang dibawa, tetapi tak didukung macam biasa. Mak Kak Ain ada menemani dan membantu jaga baby yang tidur.

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Walaupun anak anak Kak Ain masih kecil, diorang dilihat tidak sedikitpun menyusahkan Kak Ain, tak banyak karenah menemani ibu mencari rezeki. Bila meniaga tepi jalan besar macam highway MRR2, dan kalau anak anak jenis tak duduk diam dan buas, memang tinggi risiko nya.

Kalau mengikut rentetan cerita di Facebook, Kak Ain pernah dihalau beberapa kali oleh pihak penguatkuasa. Tetapi, walau macam mana pun cabaran dan dugaan, Kak Ain tak pernah give up meniaga, menyara sekeluarga.

Cara setiap individu menyara kehidupan memang berbeza. Semoga cerita Kak Ain menjadi teladan buat kita semua, dan apa yang dihajati dapat dicapai sepenuhnya.

Sedikit paparan di TV9 (Nasi Lemak Kopi O):

Leave a Reply