Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Kami Bermula Lebih Awal” – Jejak Rasul Bakal Ditayangkan Esok

Bermula lebih awal daripada sebelum ini, program yang dinanti-nanti ramai ini bakal ditayangkan esok, 9 April, bermula jam 6.30 petang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

Published

on

Jejak Rasul iaitu program dokumentari terkenal di Malaysia mula ditayangkan di TV3 setiap kali Ramadan, sejak tahun 1994 lagi. Program ini telah menemani rakyat di negara ini sejak berdekad lamanya. Tidak hairanlah mengapa program ini begitu dekat di hati rakyat sehingga mereka tertunggu-tunggu untuk menonton dokumentari berbentuk sejarah keislaman ini.

Jejak Rasul sudah menjadi sebahagian daripada persiapan menyambut Ramadan dan rutin yang dikunci rapi buat ramai. Bila tibanya bulan Ramadan, lewat petang adalah antara waktu yang ‘crucial’, satu rumah akan terpacak di hadapan televisyen. Nak tunggu azan tu memang pasti, lagi satu mestilah nak tengok Jejak Rasul.

Baca Juga : “Tiara Pun Koyak Tengok MV Sembuh”Achey Beri Hint Keluarkan MV Terbaru

Tradisi ini masih lagi diteruskan pada tahun ini. Covid atau tidak, Jejak Rasul masih dinanti dan dirai. Apa yang membezakan Jejak Rasul 2021 adalah, kali ini krew produksi buat pertama kalinya akan membawa kita menjelajah pelbagai kisah yang ada di Malaysia, negara tercinta yang sarat dengan sejarahnya yang tersendiri.

Rata-rata wargamaya memang sudah tidak sabar dan teruja menanti edisi kali ini sejak Fedtri Yahya, iaitu pengacara bagi program yang berumur 27 tahun ini, berkongsikan teaser program tersebut di laman sosial miliknya sejak Mac. Ditambah dengan musik dan sinematografi yang memukau, Jejak Rasul memang layak dikategorikan sebagai program yang berprestij dan berkualiti. Ini adalah antara produk lokal yang patut dibanggakan.

Terbaru, Fedtri memuat naik poster Jejak Rasul, Ulama Pewaris Rasul di semua platform laman sosial miliknya. Bermula lebih awal daripada sebelum ini, program yang dinanti-nanti ramai ini bakal ditayangkan esok, 9 April, bermula jam 6.30 petang setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menerusi ruangan komen, ini adalah apa yang dikatakan wargamaya

Ada yang kata ia menggamit memori, ada yang berdebar kerana semakin terasa getaran Ramadan, ada juga yang teruja ingin menonton dokumentari ini kerana sinematografi dan suntingan hebat pihak produksi. Apa-apa pun, jangan lupa tonton Jejak Rasul, esok.

Sumber: Twitter

Baca juga: “Rarenya Bawa Manual, Lori Pula Tu”- Wany Hasrita Curi Tumpuan Ramai

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement