Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Kamal Adli Selesa Gelaran ‘Solo’

Siapa agaknya bakal jadi isteri Kamal kan? Hurm…

Published

on

Pelakon Kamal Adli akhirnya membuat pilihan untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan berehat daripada memikirkan soal hati.

“Sekarang saya sedang seronok menjalani kehidupan lelaki solo. Saya tidak mahu terlalu mengejar cinta seseorang atau mudah menjalinkan hubungan.

“Pada usia 33 tahun saya sedar umur semakin meningkat. Saya tidak mahu hubungan cinta hanya melibatkan perasaan dua pihak semata-mata, sebaliknya perlu ada kesefahaman antara satu sama lain,” ujarnya.

Kamal mengakui seorang yang serius setiap kali menjalinkan hubungan cinta sehingga pernah berlanjutan sekitar empat dan enam enam tahun.

“Saya tidak pernah merasa solo. Saya seseorang yang sentiasa mahu mempunyai pasangan. Setiap kali berpisah saya berani untuk mencuba menjalinkan hubungan baharu. Malangnya pada ketika itu saya tidak matang.

“Saya meletakkan cinta sebagai prioriti sehingga melupakan impak hubungan tersebut terhadap kerjaya. Bagi saya, cinta adalah segala-galanya. Itu khilaf saya,” luahnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Utusan Cinta Buat Adam itu akur apabila hubungan tersebut tidak berakhir ke jinjang pelamin dan kini lebih selesa jika cinta hadir tanpa perlu dicari.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement