Connect with us

Hiburan

“Kalau Power Macam Ni Aku Pun Sanggup Jadi Mentor.” —Faizal Tahir

Tunjuk ajarku sifu!

Published

on

Program realiti pencarian bakat baharu Mentor Milenia 2019 kini kembali menggamatkan malam hujung minggu anda!

Musim kali ini tampil dengan sisi berbeza dimana mereka telah memansuhkan format ujibakat mengikut mentor, malah protege yang terpilih akan diberi kuasa untuk menentukan mentor masing-masing.

Barisan tenaga pengajar yang berpengalaman serta mempunyai kehebatan vokal termasuk Stacy, Ernie Zakri, Hazama, Black dan Akim telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program terbabit.

Antara protege yang menjadi tumpuan dalam program tersebut ialah Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi. Minggu lalau, Apex telah menyampaikan lagu bertajuk Sejati nyanyian asal Faizal Tahir.

Apex yang sebelum ini telah mengungguli persaingan selepas persembahannya di minggu pertama menjadi trending di laman Youtube dengan sehingga kini mencecah 800,000 tontonan turut mendapat perhatian daripada Faizal Tahir selepas membawakan lagu miliknya.

“Kalau power mcm ni aku pun sanggup jd mentor”, kata Faizal Tahir menerusi laman Twitter.

Pemuda berasal dari Kelantan itu juga kini dibawah bimbingan penyanyi Hazama yang turut mendapat pujian daripada Faizal Tahir.

Video yang dimuatnaik kini telah berjaya meraih lebih 60,000 tontonan  selain mendapat reaksi positif daripada pengikutnya.

Mentor Milenia 2019 masih lagi disiarkan pada setiap hari Ahad pada jam 9:00 malam menerusi saluran TV3.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement