Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Kalau Nak Pergi Wedding, Ini Baju Yang Sepatutnya

Published

on


Memang betul dan tak dinafikan, antara kelebihan menjadi seorang lelaki adalah kita mampu menjalankan kehidupan yang simple. Akan tetapi, bila ianya menjadi terlalu simple dan mudah, yang kita sangkakan menjadi kelebihan juga boleh menjadi sesuatu kekurangan buat seseorang lelaki.

Okay, apa yang Thelaki nak kongsikan harini sebenarnya adalah tentang dresscode ataupun tatatertip pemakaian seorang kaum adam. Berbeza dengan kaum hawa yang sangat teliti dan pentingkan tentang pemakaian mereka, hingga perlukan masa yang kurang lebih dua hingga ke tiga jam untuk bersiap untuk ke sesebuah majlis.

Untuk seorang lelaki pula, masa yang diperlukan paling maximum dalam satu jam setengah untuk bersiap ke majlis formal. Masa sebanyak satu jam setengah itu pula digunakan untuk cari baju, iron baju, mandi, dandan rambut/trim misai atau anak-anak rambut yang ada.

Tetapi ada juga sesetengah lelaki yang mengambil pendekatan mudah, dan terlalu mudah sehingga kurang daripada 30 minit sahaja yang diperlukan untuk bersiap. Terutama sekali ada daripada kaum lelaki yang fikirkan terlalu simple hingga hanya menyarung t-shirt biasa untuk ke majlis perkahwinan tanpa mengira dan mengambil kisah tentang dresscode sesebuah majlis yang dihadiri.

Jadi kami di Thelaki nak beritahu dan share dengan korang tips yang berguna tentang etika pemakaian yang sepatutnya ke majlis yang formal atau wedding.

JANGAN PAKAI JERSI ATAU PAGODA

Ya, bunyi macam kelakar je kan? Tapi realitinya memang betul. Tak semua lelaki, tapi segelitir kaum lelaki diluar sana yang memang ambil mudah bab-bab pemakaian ni. Jadi guys, kami di Thelaki nak alert dan bagitau kat korang untuk please jangan sesekali pergi ke majlis yang formal atau majlis perkahwinan walimatul urus sesiapa sekali pun dengan hanya memakai jersi bola sepak ataupun baju pagoda putih.

Tak kisah la kalau baju jersi tu jersi favourite team korang atau korang memang lupa nak basuh baju yang lain-lain sampai terpaksa pakai baju pagoda putih. Kalau takde baju yang formal, sebelum nak pergi ke majlis tu korang boleh la singgah shopping mall yang berdekatan dan pergi beli kejap shirt yang formal dan sesuai untuk majlis tersebut. Jangan main asbol je geng.

Kenapa tak boleh pakai baju-baju simple macam ni? Yelah cuba korang bayangkan, bila dah sampai kat tempat wedding tu, dah sah-sah ramai yang datang berpakaian cantik-cantik dan hansome-handsome bukan? Tak lupa pula dengan para gadis yang hadir kat majlis tu yang cantik-cantik yang mungkin akan usha korang. Lagipun kalau korang pakai baju yang terlampau simple macam ni, takut nanti orang-orang jemputan kat majlis tu ingat korang ni antara atau sebahagian daripada budak penanggah untuk majlis tersebut. Tak ke malu macam tu?

IKUT TEMA

Kalau datang ke majlis dengan pasangan atau plus one, tanya lah pasangan, girlfriend atau wife korang baju warna apa yang dia pakai so that korang nampak sepadan bagai pinang dibelah dua bila ke majlis perkahwinan tersebut. Bila dah pakai warna ikut pasangan, ianya juga senang untuk korang bila time dah terpisah dimajlis nanti, nak cari pasangan korang boleh tengok warna baju yang sepadan dengan apa yang korang pakai. Bila dah pakai warna yang sama ni nanti confirm korang akan dapat pertanyaan daripada makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat sana yang ajukan soalan seperti “Awak-awak ni bila lagi?” tak gitu?

Sebelum korang pergi ke wedding, make sure juga korang check kad kahwin atau e-invite yang korang dapat tu, pastikan tengok kalau majlis tersebut ada tetapkan tema-tema atau dresscode yang tertentu untuk majlis diorang. Yela, zaman sekarang ni ada bermacam-macam tema yang ditetapkan oleh raja sehari kita. Ada yang tema seperti “back to school”, tema baju batik ataupun dresscode seperti black tie fancy dinner macam tu. Kadang kadang ada juga tempat-tempat yang menjalankan acara perkahwinan tersebut yang letakkan etika pemakaian untuk majlis tersebut jadi kita kenalah patuhi permintaan majlis tersebut ya.

PAKAI BAJU BATIK

Image via: https://www.mstar.com.my/

Zaman memang dah berubah, kita dah masuk tahun 2020 tapi tak semestinya pakaian simple macam ni kira outdated. Tidak, kalau untuk pergi ke majlis perkahwinan, memang sesuai kalau korang pakai baju batik. Nak nak baju batik yang nampak smart atau fit dengan badan korang. Jangan beli yang size terlalu besar pulak. Kalau korang pakai baju batik ni, confirm ramai yang akan tegur, terutama sekali mata gadis-gadis kat wedding tu pun akan usha korang. Sedap mata diorang memandang. Nanti dah lepas settle pergi wedding tu, boleh la korang pergi gig kumpulan Masdo pula, join geng pakmaon LOL.

BAJU KEMEJA

Takde baju batik, takpe. Baju Kemeja yang biasa memang sesuai. Tak kisah la lengang pendek ataupun kemeja lengan panjang sekali pun. Atleast dia baju kemeja dan baju kemeja ini adalah pilihan yang paling selamat. Dah habis pergi wedding pun korang masih lagi boleh pakai untuk ke acara lain.

Bab warna pula, make sure korang pakai baju kemeja yang bersesuai dengan warna tone kulit korang ya, jangan pakai warna yang pelik pelik atau design baju kemeja yang pelik dan tak sesuai dengan penampilan korang. Ada sesetengah lelaki yang suka pakai baju kemeja kotak-kotak, ini okay tapi untuk ke majlis perkahwinan lebih bagus korang pakai baju kemeja warna yang plain dan simple.

Kalau nak lagi simple, tak salah juga kalau korang pakai Tshirt tapi pastikan Tshirt tersebut berkolar ataupun Tshirt Polo berkolar. Atleast Tshirt berkolar nampak smart sedikit. Tapi kami recommend untuk pakai baju kemeja je.

JANGAN PAKAI JEANS KOYAK

Image via: https://ashleyweston.com/

This one is a big no no guys. Jangan sesekali korang pergi wedding saudara-mara atau member korang dengan memakai seluar jeans koyak-koyak ataupun seluar pendek. Kena ingat, korang nak pergi wedding jadinya adab dan etika kena jaga dengan betul dan rapi.

Seluar chinos, slack atau khakis memang sesuai untuk dipadankan dengan baju kemeja. Tapi nak mudahkan lagi, korang still boleh pakai seluar jeans biasa. Tapi pastikan ianya tak koyak-koyak sana sini. Nak nampak lagi smart, pakai skinny jeans atau jeans yang fit dengan tubuh korang. Janji jangan koyak atau nampak lusuh.

JANGAN PAKAI KASUT SUKAN PULAK!?

Tak kisah berapa mahal sekali pun kasut korang tapi make sure kasut yang dipakai tu bersesuaian. Kasut sukan seperti running sneakers, joggers memang tak sesuai. Lagi elok kalau korang pakai leather shoes, loafers untuk nampak smart ke majlis perkahwinan. Jangan pakai kasut yang dah koyak-koyak atau selipar Jepun pulak.

CARA PALING SIMPLE

Image via: https://jolygram.com/

Baju Melayu dah sah-sah baju yang paling simple dan senang untuk korang pakai bila ke majlis perkahwinan. Tak ada isitilah tidak sesuai ya. Tak kisah la baju tu baju melayu tahun bila sekali pun, bila korang pakai memang orang disekeliling tahu korang memang nak ke majlis perkahwinan pun. Nak nampak lagi cun, korang boleh pakai baju melayu full set siap dengan samping dan songkok sekali. Baru la nampak lain daripada yang lain.

KATALAKI: Takleh brain pakai baju pagoda pergi wedding :S

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement