Connect with us

Gaya Hidup

Kalau korang bijak bestari, apa beza dua belang ini?

Published

on


BELANG bukan sebarang belang, ini belang wajib korang ulang dan hafal ya. Itu hari sis nak lintas jalan tapi ada satu kereta ini bukan main laju ya dia pecut sikit lagi nak langgar sis. Kalau tak, mesti sis tak sempat nak tulis artikel ini untuk korang. Oleh sebab sis begitu marah dengan perangai pemandu itu. Ewah, ewah, dia ingat dia siapa?

Meh sini sis nak sekolahkan orang-orang yang berperangai macam ini.

Sebenarnya, ramai yang terlupa adab dan juga moral bagaimana kita menghormati hak pejalan kaki. Dekat luar negara, mereka sangat hormat pejalan kaki. Mungkin dekat Malaysia kesedaran itu masih belum tinggi.

via GIPHY

Rasanya bukan sis sahaja yang pernah mengalami situasi hampir dilanggar. Korang pun mungkin sama pernah mengalami perkara sebegini. Oleh sebab ramai yang tak tahu fungsi belang pejalan kaki, meh sis share sikit.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada dua jalur berbeza untuk pejalan kaki. Pertama warna putih, dan kedua berwarna kuning. Apa bezanya? ha, baca sampai habis tau.

Garisan warna kuning

Ini bergantung kepada siapa yang sampai dulu. Kalau pejalan kaki yang sampai dahulu ke garisan kuning maka kereta wajib berhenti dan beri laluan kepada si pejalan kaki untuk lintas. Tapi kalau kereta yang sampai dulu jangan pula korang pergi lintas. Nak menempah maut namanya.

Garisan warna putih

Manakala untuk garisan putih pula, mereka yang memandu tak kisahlah korang memandu kereta, motor capuk, skooter bapak punya ke. Korang wajib berhenti kalau nampak ada orang nak lintas jalan. Ada faham?

Ha, jadi dah tahu kan? Apa kata sekarang korang share artikel ini dekat kawan-kawan korang yang suka main pecut sahaja bila nampak garisan ini.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita hormati hak pengguna jalan raya tak kisahlah pejalan kaki atau pemandu.

via GIPHY

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement