Semasa & Hiburan
“Kalau I Buat Tema Bollywood, Ada Yang Mengamuk Tak? – Ernie Zakri
Kecoh isu pakaian Bollywood Mira Filzah, Ernie Zakri takut netizen mengamuk jika pilih tema itu…
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai isu Mira Filzah yang dikecam kerana menggayakan pakaian penuh Bollywood untuk produk kanta matanya yang baru sahaja dilancarkan. Ada yang membuat andaian mengatakan Mira hanya mengambil keuntungan daripada budaya Hindu dengan mengenakan pakaian tradisi kaum mereka.
Terpanggil dengan isu itu, penyanyi Ernie Zakri turut memuat naik ciapan di Twitter nya yang mengatakan dia juga mahu membuat tema Bollywood pada majlis perkahwinannya dengan Syamel akan datang, tetapi risau timbul perdebatan seperti Mira pula nanti.
Menerusi ciapan itu, Ernie turut menyindir jika tema itu bakal membuatkan segelintir individu tidak berpuas hati.
Kalau nnt I buat tema Bollywood utk wedding, ada yang mengamuk tak? 🥺
— Ernie (@ErnieZakri) August 20, 2020
“Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang mengamuk tak? Takut digelar ‘cultural appropriation’.
Ernie turut berkata, perkara itu tidak sepatutnya dirumitkan.
Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Sy tanya je psl Bollywood theme tu, bukan confirm nak buat btw. Ok bye. Nak dgr lagu Nagada Sang Dhol jap. ❤ 🇲🇾
— Ernie (@ErnieZakri) August 20, 2020
“Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,” katanya.
Disebabkan isu itu, Mira juga memohon maaf kepada individu berkenaan jika perbuatan Mira membuatnya tersinggung.