Berita
Juruterbang Hilang Pasport, Penerbangan Tertangguh 11 Jam
Satu penerbangan dari Ho Chi Minh City, Vietnam ke Incheon, Korea Selatan, tertangguh selama 11 jam kelmarin.
Satu penerbangan dari Ho Chi Minh City, Vietnam ke Incheon, Korea Selatan, tertangguh selama 11 jam kelmarin, gara-gara juruterbang kehilangan pasport.
Juruterbang sebuah syarikat penerbangan Korea itu tidak dibenar masuk ke dalam pesawat lalu menyebabkan 160 penumpang terpaksa turun dan bermalam di ibu kota Vietnam itu sebelum terbang keesokan harinya.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan menyediakan hotel penginapan bersama sarapan untuk penumpang terbabit.
“Kami sedang mengkaji tindakan terhadap juruterbang berkenaan dan menyiasat bagaimana juruterbang itu boleh kehilangan pasportnya.
“Pampasan akan diberi kepada penumpang,” kata jurucakap syarikat berkenaan.
Sumber: Harian Metro