Connect with us
Kool FM

Berita

Jumpa tulang mamot di tapak lapangan terbang Mexico

Published

on


ZUMPANGO, MEXICO – Ahli arkeologi semalam mula membersihkan tanah di lokasi penemuan sejumlah tulang mamot di tapak pembinaan lapangan terbang baharu Bandar Raya Mexico.

Tapak mengandungi tulang haiwan purba itu ditemui semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan di lokasi itu di Zumpango, utara ibu kota Mexico. Tapak pembinaan itu ialah satu kawasan tasik purba sebelum ini.

“Penemuan membabitkan peninggalan lebih 100 ekor haiwan purba termasuk mamot, unta, kuda, bison, ikan, burung, tikus dan antelop,” kata Ketua Tentera, Kapten Jesus Cantoral yang mengetuai satu pasukan ekskavasi.

“Setakat ini, peninggalan haiwan purba ditemui di lebih 194 kawasan di tapak tersebut, sejak penemuan pertama pada Oktober lalu ketika kerja-kerja pembinaan terminal simpanan bahan api,” katanya kepada agensi berita AFP.




Sebahagian besar haiwan purba itu dipercayai hidup antara 10,000 hingga 25,000 tahun lalu.

Kumpulan pakar berusaha mengeluarkan setiap tulang purba secara berhati-hati tanpa menjejaskan peninggalan spesies haiwan lain.

Pada masa sama, beriburibu buruh binaan serta jentera pengorek meneruskan kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

Pihak berkuasa menyatakan mereka memberi perhatian untuk memastikan peninggalan haiwan purba tidak terjejas pada masa sama projek pembinaan diteruskan seperti biasa.




Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berjanji untuk merasmikan lapangan terbang itu pada Mac 2022.

Pakar arkeologi, Araceli Yanez berpendapat haiwan purba tinggal di kawasan tasik kerana sumber makanan dan air.

“Kawanan haiwan dipercayai terperangkap dalam lumpur dan mati semasa musim sejuk, selepas air tasik bertukar beku,” katanya. – AFP

The post Jumpa tulang mamot di tapak lapangan terbang Mexico appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement