Connect with us
Kool FM

Berita

Jumlah Kerbau Mati Makin Bertambah, Kandang Mowgli Malaysia Ditutup Segera

Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, sebenarya sudah terlewat sekiranya pihak mereka mahu memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS.

Published

on

Sejak semalam, kecoh dengan berita mengejutkan apabila lebih 40 ekor kerbau milik adik Syukur Khamis mati sejak Rabu lalu kerana wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Berikutan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menutup kandang kerbau mereka mengikut Akta Binatang 1953, (Akta 647) Kawalan Penyakit bagi menghadkan kemasukan orang awam ke kawasan kandang.

Sekaligus mengelakkan penularan wabak Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah ke kawasan lain.

Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, sebenarya sudah terlewat sekiranya pihak mereka mahu memindahkan ternakan ke kawasan lain kerana dibimbangi ternakan itu sudah menghidap HS.

“Bukan semua ternakan dijangkiti HS terus mati kerana ia bergantung kepada antibodi ternakan juga. Ternakan yang mempunyai antibodi yang kuat akan mengambil masa untuk mati tetapi ia tetap menjadi pembawa HS dan boleh menjangkiti ternakan lain,” jelasnya.

Pihak Koolfm mendoakan agar penyakit ini dapat disembuhkan.

Sumber: hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement