Connect with us

Hiburan

Juhi Cawla & Madhuri Dixit Kongsi Petua Kekal Muda, Tidak Di Mamah Usia

Yang penting bukan botox atau pembedahan plastik ye

Published

on

Sebagai selebriti yang terkenal, mesti dua anak seni Bollywood ini perlu menjaga kecantikkan mereka agar sentiasa nampak cantik.

Walaupun kebanyakkan pelakon mengambil jalan mudah dengan menyuntik botox atau membuat pembedahan plastik, namun, 2 pelakon Bollywood ini memilih untuk menjaga kulit dan wajah mereka secara semulajadi.

kekal muda, tips kekal muda

  1. Madhuri Dixit

Siapa yang tak kenal Madhuri Dixit? Banyak filemnya bersama aktor terkenal Shah Rukh Khan meraih keuntungan dan filemnya masih ditayangkan sehingga sekarang termasuk Dil To Pagal Hai.

Kalau dilihat fotonya pada zaman muda hingga sekarang, tidak banyak beza kecuali dia nampak lebih matang.

Madhuri menggunakan campuran madu, perahan lemon, dan timun yang dicelup ke dalam susu untuk merawat kecantikan kulitnya pada waktu malam.

Dia turut menyarankan agar mencuci muka 2 kali sehari, dan menggunakan toner setiap malam.

Untuk rambut pula, Madhuri menggunakan campuran minyak zaitun dan minyak kastor.

Pelakon yang selalu menjadi pelakon utama ini menjaga makannya dengan makan banyak buah-buahan dan sayur. Serta tidak minum minuman bergas dan makanan berminyak.

kekal muda, tips kekal muda

2. Juhi Chawla

Juhi Chawla pula sangat dikenali dengan senyuman yang menawan.

Pelakon ini menggunakan pelembab dan krim mata untuk membuat kulitnya sentiasa lembap. Dia juga memakai pembersih mild untuk kulit wajahnya. Dia ada rutin yang ketat, iaitu tidak tidur dengan memakai make up. Dia selalu membersihkan wajahnya dengan baby oil sebelum tidur.

Juhi minum 6-8 gelas air putih setiap hari. Dia memulakan hari dengan minum air putih atau segelas jus lemon dengan madu. Juhi memilih makanan yang dipanggang dan direbus daripada digoreng.

Untuk menjaga badan, Juhi melakukan yoga Iyengar dan lari di treadmill selama setengah jam.

Semoga petua yang dikongsikan ini dapat menjadi panduan buat semua wanita diluar sana!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement