Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Joy Revfa Dilamar Bermadu Oleh Netizen Di Instagram

Wow, bukan biasa-biasa…

Published

on

Bekas isteri kepada Hafiz Hamidun yang juga seorang usahawan kosmetik, Joy Revfa mengakui ‘dilamar’ pengikut wanita di Instagram dan diajak untuk bermadu selepas dia mengesahkan putus tunang dengan kekasihnya yang dikenali sebagai ZA.

Mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan ZA selepas hampir 70 peratus persiapan perkahwinannya siap, Joy berkata,

“Kami putus tunang sebab saya rasa tak serasi walaupun persiapan untuk perkahwinan sudah siap 70 peratus. Saya memang tak dapat nak teruskan dengan dia atas sebab-sebab tertentu”

Bercerita mengenai tawaran menjadi madu, Joy merasakan dasar itu sebagai gurauan semata-mata.

“Memang ada yang mengajak untuk menjadi madu, tapi, saya anggap ‘lamaran’ itu sebagai gurauan mereka saja,” katanya.

Joy pernah berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai pada 25 Oktober tahun sama.

 

Sumber dari Harian Metro.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement