Gaya Hidup
Jom Ubah Suai Dapur Ala-Ala Orang Barat!
Bahagian dapur adalah bahagian paling penting untuk dijaga kerana di situ anda akan menyimpan plastik beg, tisu, bekas kosong, pinggan mangkuk, barangan basah dan kering, bekas-bekas rempah ratus dan bermacam lagi. Kenalah kemas-kemas dengan betul. Kalau tak, selerak!
Published
2 years agoon
By
Jay
Sumber: internet
Oleh itu, Donna akan kongsikan strategi yang bijak bagaimana mengubah suai dapur anda supaya kelihatan cantik ala-ala dapur orang barat, ihiks! Menyusun barang pun ada strategi tau, ingat mengurat suami je ke ada strategi? Jom ikuti langkah di bawah ini.
Ruang
Keluasan dapur untuk kebanyankkan rumah di Malaysia mempunyai ruangan yang kecil hanya boleh memuatkan 2 hingga 3 orang pada satu-satu masa. Alahai! Kalau nak merewang tu macam manalah ye? Pening juga nak fikirkan.
Sumber: pexels
Sebolehnya, besarkan sedikit ruang dapur anda dengan membuang barang yang sudah berkurun lamanya tidak digunakan dan elakkan meletakkan barang di luar kabinet kecuali anda mempunyai bahagian rak yang cantik untuk disusun barangan kering. Bahagian table top biarkan dapur gas atau barangan dapur yang penting saja.
Gunakan warna terang
Jika anda melihat dapur orang asia dengan dapur orang barat, sangat berbeza kerana penggunaan warna. Dapur orang asia, selalu warna dinding putih yang kadang kala kelihatan pudar, alahai! Suram je tengok. Nak masak pun, tak ada semangat.
Gunakan warna putih yang terang atau warna-warna yang menghidupkan suasana dapur. Misalnya, warna biru laut, coklat kayu atau hijau daun pisang. Mesti cantik!
Sumber: pexels
Untuk mengetahui tip yang lebih menarik, Klik sini
Penulis: Donna