Connect with us
Hot Kool Jam

Donna

Jom Ketahui Khasiat Jering & Petai!

“Nasi panas jika dihidangkan bersama sambal belacan, petai dan jering memang kombinasi menarik. Boleh jadi ada yang bertambah nasi berpinggan-pinggan.”

Published

on

“Nasi panas jika dihidangkan bersama sambal belacan, petai dan jering memang kombinasi menarik. Boleh jadi ada yang bertambah nasi berpinggan-pinggan.”


Petai dan jering dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.
Jering Penawar Kencing Manis?

  • Jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus. Jering pula didapati mengandungi banyak zat seperti lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

 
Petai Bantu Masalah Kecacingan

  •  Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
  • Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement