Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Jom ke Jeju! 4 tempat makan halal di Pulau Jeju, Korea Selatan

Published

on


HELLO gadis-gadis Dhia! Memandangkan sekarang ini musim bercuti ke Korea, sis ada beberapa tempat yang sis nak cadangkan dekat korang.

Korang tak perlu risau, tempat yang sis cadangkan ini adalah tempat makan! Ha jadi korang tak perlu risau kalau nak cari makanan yang halal dekat sana.

Kalau bab travel ni yang sering menjadi isu adalah mesti nak cari tempat makan yang muslim friendly. Jadi korang tak perlu risau dah, sebab sis nak cadangkan dekat korang beberapa tempat yang korang boleh cuba di Jeju, Korea Selatan.

Indian kitchen

Di Jeju, ada sebuah restoran yang berkonsepkan muslim friendly di mana korang boleh menikmati beberapa menu yang istimewa iaitu ayam tandoori, kambing bakar, nasi briyani, roti nan dan airnya pula cukup menyegarkan, mango lasi!

Korang tak perlu risau kerana bekalan mentah seperti ayam dan daging merah diperolehi dari sumber yang halal. Harganya pula tdak terlalu mahal pun, dianyata KRW 18,000-KRW 80,000 untuk set yang istimewa tau!

Alamat: Jeju-shi, Aewol-eup Sangga-ri 2059-1, Tel: 064-7995858

Uribong Sikdang

Restoran ini juga mengamalkan konsep muslim friendly dimana ia memang terkenal dalam kalangan pelancong muslim. Yang paling best, restoran ini juga mempunyai bilik solat yang disediakan. Jadi korang tak perlu bersusah payah untuk cari bilik solat.

Makannya pula memang popular dengan pankek makanan laut, makarel panggang dan hotpot makanan laut. Harganya bermula KRW15,000 hingga ke KRW 90,000!

Alamat: 157-1 Seongsan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo, Jeju.

Jeju Vegan Café 901

Ha bagi korang yang vegan tu jangan risau! Ada juga kafe yang memang khas untuk vegan lovers! Banyak menu ayng berunsurkan sayur-sayuran dan makanan yang menggunakan konsep makanan dari barat! Jadi macam-macam korang boleh cuba di kafe ini. Harganya pula bermula pada KRW 15,000 sahaja!

Wardah (Arabic menu)

Yang ini memang confirm halal kerana pemilik restoran ini adalah muslim dan terdapat beberapa menu popular adalah nasi arab, sup daging, falafel dan roti arab. Restoran ini terletak ni tengah bandar Jeju city berdekatan dengan Dongmun Market. Jadi memang lokasi dia cukup strategik sebab lepas makan korang boleh shopping!

Sis harap artikel ini dapat memudahkan lagi percutian korang ke Jeju tu dan memandangkan korang dah tahu, boleh lah plan budget untuk shopping pula!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement