Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Jom Cipta Percutian Mencabar! Sewa ‘Jeep’ Untuk Ikuti ‘Lava Tour Merapi’ Memang Terbaik

Published

on


Dah bosan dengan percutian yang terlalu santai? Mahukan sesuatu yang lebih ekstrem dan mencabar? Untuk pengetahuan anda kini Jogjakarta semakin mendapat tempat di hati pelancong terutamanya daripada Malaysia. Bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin mungkin Bali adalah tempat kegemaran untuk dikunjungi, tetapi tidak lagi sekarang. Sebab ada banyak pilihan menarik lain yang akan buat anda pening untuk memilihnya terutama di Jogjakarta.

Khas buat si pencinta makanan, anda tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai jenis menu popular yang membuatkan anda kecur liur.

Image result for gudeg jogja

Sumber: liputan 

Gudeg Makanan Jawa Tengah

Antara hidangan menarik adalah Gudeg. Ia adalah sejenis hidangan khas daripada Jawa Tengah yang diperbuat daripada nangka muda dan dimasak bersama santan. Kalau dah sampai ke sini, memang anda wajib cuba kalau tak rugi nanti hiks!

Image result for gunung merapi naik jeep

Image result for gunung merapi mendaki

Sumber: katalog 

Menikmati Pengalaman ‘Lava Tour Merapi’

Okay buat semua geng hikers di luar sana! Jika anda ingin percutian yang lebih mencabar dan tidak mahu terlalu santai, anda wajib datang ke Gunung Merapi bersama kawan-kawan kerana ia merupakan di antara gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Setiap pendakian mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam.

Image result for gunung merapi naik jeep

Sumber: befreetour

Cipta Dua Pengalaman Paling Mencabar

Apa yang lagi menarik sebelum anda memulakan perjalanan, mereka juga menawarkan perkhidmatan sewa jeep bagi aktiviti kembara mengikut pakej yang ditawarkan. Bukan sahaja dapat cipta pengalaman pendakian dan melihat pemandangan indah dari gunung, malah secara tidak langsung anda juga berpeluang untuk merasa sendiri menaiki kereta jeep yang ekstrem serta meneroka khazanah alam yang menarik.

Tetapi diingatkan juga, terdapat kawasan larangan di mana anda tidak boleh mendaki sehingga ke puncak untuk keselamatan kerana terdapat sebuah kes seorang pendaki terkorban kerana jatuh ke dalam kawah gunung berapi tersebut. Berhati-hati dan pastikan anda mempunyai tour guide sepanjang melalukan aktiviti di sana.

Jangan tunggu lama-lama, apa kata anda kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan dan ajak mereka ke sana!

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tercari-Cari Port Paling Best Untuk Hilangkan Stres? Jom Lawati Water Castle Di Taman Sari

Kalau Pergi Jakarta Dengan Suami, Wajib Singgah Tempat Ni Baru Lah Feeling!

 

 

 

 

 

 

Sumber: melancong.com 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement