Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Johor Tawar 5 Kursus Percuma Bantu Rakyat

Jangan lepaskan peluang ini.

Published

on

Lima kursus jangka pendek percuma ditawarkan kerajaan Johor dengan kerjasama Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) bagi membantu rakyat yang diberhentikan kerja akibat wabak Covid-19.

Ia akan diadakan antara tiga hingga lima hari dan dijalankan di cawangan Kolej Kemahiran Johor (KKJ) Johor Bahru serta Batu Pahat..

KKJ dalam kenyataan berkata, program yang akan bermula Jun hingga Ogos dan September hingga Disember itu membabitkan kursus Pemasaran Dalam Talian (tiga hari); Pemasaran Dalam Talian dan Makanan Sejuk Beku ala Barat (lima hari); Pemasaran Dalam Talian dan Penyediaan Kuih Talam (lima hari); Pemasaran Dalam Talian dan Pembuatan Pastri (empat hari) serta Pemasaran Dalam Talian dan Masakan Johor (empat hari)..

“Syarat kemasukan terbuka kepada anak kelahiran Johor atau mereka yang menetap di Johor melebihi lima tahun dan berusia antara 20 hingga 55 tahun.

“Sasaran dan keutamaan adalah mereka yang diberhentikan kerja. Mereka yang menamatkan kursus ini akan memperoleh sijil yang dikeluarkan KKJ,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-2247290/017-7021686/013-6180076.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement