Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Jimatkan Minyak Kereta Anda! Jom Belajar 5 ‘Driving Hacks’ Ni Betul-Betul

Published

on


Bila tak ada kereta susah nak bergerak ke mana-mana, tapi bila dah pakai tinggi pula maintenance  kena bayar setiap bulan. Donna faham ramai di antara anda yang mengalami masalah apabila berkereta tambah lagi isu minyak cepat habis sedangkan rutin penggunaan kereta sama je.

Rutin bawa kereta untuk dating atau ulang alik ke pejabat, bila tengok je minyak, fuh! Cepat betul habis sedangkan tak sampai seminggu isi full tank. Dah masuk tahun baru ni,  sudah tiba masanya untuk anda lebih berjimat dan berbelanja dengan bijak. Siapa kata bawa kereta tak dapat buat saving sebab kena bayar minyak dan tol?

Jom belajar 5 ‘driving hacks’ untuk menyelamatkan minyak kereta anda daripada cepat habis!

Image result for kaki pedal minyak

Sumber: mekanika

Elakkan Letak Kaki di Bahagian Pedal Minyak

Ha, bukan apa kadang-kala bila berada di lampu isyarat di mana kereta tidak bergerak, sesetengah kita suka merekatkan kaki di bahagian pedal tanpa disedari kita sebenarnya sudah menggunakan minyak berlebihan dariapda sepatutnya. Dan, ingat lagi tak ketika anda belajar di kelas memandu, anda kena tekan minyak dan brek dengan lancar tetapi elakkan untuk tekan secara mengejut. Ini kerana tekanan secara mengejut akan menggunakan minyak kereta yang lebih.

Servis ‘On Time’

Untuk pengetahuan anda, penapis minyak dan minyak perlu ditukar setiap 4500 miles dan jangan lupa untuk gantikan plug dan penapis udara. Lakukan servis on time untuk elak anda perlu keluarkan duit yang lebih banyak pada masa akan datang.

Related image

Sumber: keluarga

Tutup Aircond

Mana lebih penting keselesaan atau minyak kereta? Dalam kes ni anda kena buat keputusan dengan betul, kerana setiap kali anda buka penghawa dingin penggunaan minyak akan meningkat 15 peratus secara purata. Kalau dah nampak meter minyak semakin menurun, lebih baik anda tutup aircond. Boleh jimat minyak sementara jumpa stesen minyak.

Elak Memandu Ketika Hujan

Memandu ketika hujan akan meningkatkan lagi penggunaan minyak kerana penggunaan tenaga akan digunakan lebih untuk mengawal keadaan angin di atas jalan raya.

Buang Barangan Yang Tak Diperlukan

Selagi boleh sumbat semua barang dalam bonet tu, mesti anda sumbat kan betul tak? Haa tau tak, semakin berat kereta anda maka penggunaan minyak pun makin banyak digunakan.

 

 

Jom lepas ni kita sama-sama berjimat cermat dengan mengamalkan tip di atas. Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bajet Lari? Ini Tip Penting Kalau Tak Nak Shopping Barang Makeup Ikut Nafsu

Bukan Hidangan Telur Biasa, Japanese Omelette Resepi Paling Jimat Dan Sedap!

 

 

 

 

 

 

Sumber: maukerja

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement