Connect with us

Hiburan

“Jika Dulu Panas Juga Telinga Apabila Dikeji, Tetapi Sekarang Tidak Lagi,”- Elly Mazlein

Dikenali sebagai seorang yang memiliki sifat manja dan lembut, pelakon, Elly Mazlein pernah dikecam teruk oleh netizen kerana dikatakan sengaja mencari perhatian.

Published

on

Dikenali sebagai seorang yang memiliki sifat manja dan lembut, pelakon, Elly Mazlein pernah dikecam teruk oleh netizen kerana dikatakan sengaja mencari perhatian.

Namun, lama-kelamaan keletah ‘gediknya’ itu tidak lagi dipandang serong, sebaliknya ramai yang terhibur dengan perwatakan manjanya ketika berlakon dan mengacara.

“Sebelum ini, ramai yang membidas dan mengkritik apabila saya kelihatan ‘gedik’ dan mengada-ada, sedangkan perwatakan manja memang sifat semula jadi saya.” katanya.

Menurut Elly, dahulu dia turut berasa marah kerana sering dikutuk netizen namun selepas mereka sudah terbiasa dengan perwatakannya itu, dia kini semakin diterima ramai.

“Lega rasanya apabila ramai yang suka dengan cara saya itu. Jika dulu panas juga telinga apabila dikeji, tetapi sekarang tidak lagi. Alhamdulillah, kini ramai yang sudah semakin terbuka, malah suka dengan gaya bersahaja saya ketika di pentas.” luahnya lagi.

Sementara itu, Elly juga mengakui sudah menemui pengganti selepas tiga tahun menjadi ibu tunggal, namun memohon sedikit masa dan ruang sebelum berkongsi tentang jejaka muda yang mencuri hatinya itu.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun hidup sendirian bersama anak, saya kini bertemu bahagia. Cuma, saya belum dapat berkongsi identiti jejaka itu. Tunggulah apabila segala-galanya pasti, baru saya sedia untuk berkongsi.” katanya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement