Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

Jersi Pasukan Liga Super 2020 Paling Cun

Published

on


Sebelum secara rasminya perlawanan pertama Liga Super 2020 iaitu perlawanan Piala Sumbangsih berlangsung pada 28 Februari 2020, antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, benda pertama yang paling kita excited sebagai peminat bola sepak adalah jersi terbaru yang akan digunakan setiap pasukan yang terlibat dalam saingan Liga Super kali ni.

Sebanyak 12 pasukan yang akan mengharungi 22 perlawanan sepanjang musim Liga Super 2020 antaranya Johor Darul Ta’zim, Pahang, Selangor, Kedah, Perak, Melaka United, Terengganu, PJ City FC, Felda United dan 3 pasukan yang baru naik ke Liga Super iaitu Sabah, PDRM dan UiTM FC.

Ada pasukan yang dah tunjukkan jersi terbaru untuk musim 2020 lebih awal dan ada gak pasukan yang baru je merasmikan jersi terbaru di saat-saat akhir sebelum Liga Super 2020 bermula. Mari kita tengok jersi mana satu yang paling cun dan paling ngam untuk Liga Super musim terbaru ni.

JOHOR DARUL TA’ZIM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

JDT tampil mempersembahkan jersi terbaru pada 1 Februari 2020, jersi yang diinspirasikan daripada jersi yang pernah digunakan oleh AS Roma pada tahun 2006, 2013, 2014, 2016 dan 2017 iaitu jersi tanpa tulisan atau logo penaja di bahagian depan.

PAHANG

Tahniah kepada Pahang selepas akaun media sosial rasmi kini kembali bernyawa selepas hilang kejap daripada radar penyokong-penyokong Pahang hari tu. Pahang juga mengejutkan ramai peminat-peminat bola sepak tempatan apabila melancarkan aplikasi terbaru di smartphone untuk penyokong Pahang mendapatkan info dan tiket perlawanan yang melibatkan Pahang sepanjang musim 2020.

SELANGOR

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official FA Selangor (@faselangormy) on

Dua daripada tiga jersi terbaru yang dipersembahkan oleh Selangor untuk musim 2020 nampaknya berjaya memuaskan hati penyokong-penyokong Selangor. Malang sekali, jersi away terbaru Selangor disamakan dengan jersi yang pernah digunakan oleh pasukan Kelantan.

KEDAH

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Football Association of Kedah (@official_kedahfa) on

Kelainan yang ditunjukkan menerusi jersi ketiga Kedah dipuji ramai berbanding jersi home dan away untuk musim 2020 kali ni.

PERAK

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perak The Bos Gaurus (@peraktbgmy) on

Perak satu-satunya pasukan yang menggunakan jenama jersi yang lain daripada lain dalam saingan Liga Super 2020 iaitu Kelme, sebuah jenama pakaian sukan yang berasal dari Sepanyol. Kalau kat La Liga, pasukan RCD Espanyol antara pasukan yang menggunakan jenama yang sama.

MELAKA UNITED

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELAKA UNITED SA (@melakaunitedsa) on

Musim pertama ditaja oleh Al Ikhsan Sports, jersi terbaru Melaka United untuk musim 2020 nampak kemas dan simple. Jersi berwarna hijau sebagai home kit, warna hitam sebagai away kit dan jersi berwarna putih sebagai jersi ketiga.

TERENGGANU

Ketiga-tiga jersi terbaru yang diperkenalkan oleh Terengganu layak dipuji. Pening gak penyokong Terengganu nak pilih jersi mana satu yang nak dibeli. Kalau beli semua pun apa salahnya kan.

PJ CITY FC

Korang jangan keliru antara Manchester City dan PJ City. Jersi terbaru PJ City untuk musim 2020 kali ni nampak lebih kemas berbanding musim lepas. Masih lagi mengekalkan Puma sebagai jenama pembekal jersi kepada PJ City.

FELDA UNITED

Felda United baru je mempersembahkan jersi terbaru untuk musim 2020 kepada umum pada 26 Februari 2020. Felda United akan menggunakan jersi berwarna orange sebagai home kit dan warna biru sebagai away kit.

PDRM

Jersi yang akan digunakan PDRM sepanjang musim Liga Super 2020 mungkin nampak lebih kurang sama jersi pasukan Melaka United dan Pahang memandang ditaja oleh syarikat yang sama, Al Ikhsan Sports. Cuma warna tak sama. Apa yang penting, jersi PDRM nampak kemas.

UiTM FC

Kali pertama bersaing di Liga Super, UiTM FC memperkenalkan 3 jersi baru yang akan digunakan sepanjang musim 2020. Jersi berwarna merah sebagai home kit, warna biru sebagai away kit dan warna merah jambu sebagai jersi ketiga.

KATALAKI: Kalau korang nak tahu pasal pemain tumpuan yang akan beraksi untuk pasukan baru di Liga Super 2020, boleh tengok kat sini.



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement