Connect with us

Berita

Jerebu: Sekolah Di Jambi Ditutup Seminggu

Aktiviti penduduk di Jambi terganggu akibat jerebu teruk.

Published

on

Masalah jerebu yang melanda Jambi, Indonesia sejak kebelakangan ini menyebabkan pihak berkuasa bandar berkenaan mengumumkan sekolah ditutup sehingga seminggu bermula kelmarin.

“Bagi kanak-kanak prasekolah dan tadika, cuti diberikan selama seminggu. Sementara itu, sekolah rendah sehingga darjah empat pula ditutup tiga hari dan akan dipertimbangkan semula berdasarkan keadaan jerebu selepas itu,” kata Datuk Bandarnya, Syarif Fasha.

Bagi murid sekolah rendah darjah lima dan enam pula, tempoh pembelajaran akan dikurangkan. Penutupan tidak terpakai untuk peringkat menengah.

Aktiviti penduduk di Jambi terganggu akibat jerebu teruk gara-gara kebakaran hutan di kawasan sekitar.

Pada Khamis lalu, jarak penglihatan hanya 4.2 meter sementara pada 17 dan 18 Ogos, partikel debu dan tahap jerebu di bandar itu diklasifikasikan sebagai ‘bahaya sehingga amat bahaya.’

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement