Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Jenazah Mejar Mohd Zahir Dikebumi Di Ipoh

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…

Published

on

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang juga anak kepada pelakon veteran, AR Badul selamat tiba di rumah ibu mentuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, di Ipoh, Perak jam 5.45 pagi tadi selepas dibawa menaiki kenderaan milik Tentera Darat (TD).

Ketibaan jenazah dalam suasana pilu disambut dengan penuh istiadat ketenteraan oleh pasukan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Markas 2 Briged, Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut hadir pada jam 6.50 pagi di kediaman ibu mentua Allahyarham, bagi memberi penghormatan terakhir serta mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur, apabila jenazah Allahyarham tiba di masjid itu untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Antara kenamaan yang hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Panglima TD, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Ahmad Nawawi; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany; Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kol (B) Nazim Mohd Alim dan bapa Allahyarham, AR Badul serta anggota keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham Mohd Zahir kemudian dibawa ke Ipoh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas solat Subuh.

Mohd Zahir, 36, pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada jam 9.20 pagi semalam, selepas dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement