Connect with us
Kool FM

Berita

‘Jekfer’ diganggu mesej lucah wanita

Published

on


KUALA LUMPUR – Pelakon Hun Haqeem tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius terhadap pengguna laman sosial yang se ring menghantar gambar atau mesej berbaur lucah terhadap dirinya.

Hun Haqeem atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 23, bagaimanapun berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu berbuat demikian selagi kea­daan tidak menjejaskan emosi dan reputasinya sebagai artis.

“Saya akui memang ramai yang direct message (DM) saya di laman sosial Instagram de­ngan menghantar gambar atau video tidak senonoh tetapi saya abaikan sahaja.

“Saya anggap perbuatan menghantar mesej lucah dan gambar-gambar tidak senonoh itu dilakukan oleh peminat yang kesepian.

“Seboleh-bolehnya saya akan elak daripada ambil tindakan, sebab kalau saya tidak layan semua mesej tersebut, mungkin mereka akan sedar dan berhenti dengan sendiri,” katanya.

Mengakui turut dilamar sebagai kekasih, aktor yang menempa populariti menerusi drama bersiri Kampung People melalui watak Jefker itu menambah, mesej-mesej terma­suk gambar tidak senonoh dite­rimanya dihantar oleh peminat wanita dan lelaki.

“Ada juga yang melamar saya menjadi teman lelaki mereka. Kalau saya nak marah pun, benda itu tak akan membawa apa-apa perubahan sebab mereka akan tetap menghantarnya dan tiada penyelesaian.

“Cuma, jika keterlaluan barulah saya akan bertegas. Selagi boleh sabar, saya sabar,” jelas Hun Haqeem kepada Kosmo! semalam.

The post ‘Jekfer’ diganggu mesej lucah wanita appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement