Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Jatuh Bangun Didie Alias

Selamat Hari Wanita Sedunia!

Published

on

Hello wanita-wanita di luar sana!

Sambutan Hari Wanita Sedunia telah jatuh pada tanggal 8 Mac 2020.

Bersempena dengan itu, penyampai Kool FM iaitu Haiza dan Muaz telah menjemput seorang selebriti tanah air yang juga wanita hebat Didie Alias, 48, untuk berkongsi pengalamannya bergelar anak seni.

Untuk pengetahuan, penglibatan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali  dalam dunia hiburan telah memasuki tiga dekad sejak tahun 1988.

Ramai yang tidak tahu bahawa Didie mula berlakon sejak usianya lapan tahun iaitu menjadi pelakon teater kanak-kanak.

Wajah Didie ketika itu yang mirip pan-asian berjaya menarik perhatian ramai.

Namun ketika popularitinya mula meningkat, Didie diuji dengan perceraian pada 2002 sehingga beliau terpaksa mengorbankan seketika kerjaya lakonannya untuk memberi perhatian kepada anak-anak.

Kata Didie, anak kelima dan keenamnya tidak mampu ke tadika ekoran kegawatan yang dialaminya ketika itu.

Dugaan menimpanya bertubi-tubi sehingga dia pernah keluar rumah sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang di rumah kakak angkatnya untuk berteduh dan meneruskan kehidupan.

Jelas Didie lagi, hanya semangat dan keimanan menjadi kekuatannya saat itu untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Ibu kepada tujuh orang anak itu juga sempat berkongsi pengalaman terpaksa berjalan kaki dari Setapak hingga ke Taman Permata di Ulu Klang untuk mencari pekerjaan dengan berbekalkan RM5 yang dipinjam daripada kakak angkatnya, Zana.

Enggan menyusahkan keluarga, Didie pernah kehilangan berat badan 35 kilogram (kg) akibat tertekan.

Tabah dan kuatnya wanita bernama Didie, dia melakukan apa sahaja pekerjaan untuk mencari rezeki termasuk kerja di pejabat pada sebelah pagi hingga petang, menjual satay dan otak-otak di Taman Dagang hingga tengah malam selain turut membuat kerja part-time pada hujung minggu.

Kemudian, Didie perlahan-lahan kembali ke dunia hiburan setelah mula bekerjasama dengan pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor selama dua tahun.

Didie ketika itu pernah bertindak sebagai Location Manager untuk drama Iris bagi slot Samarinda.

Sehingga kini, nama Didie Alias masih meniti di bibir peminat dan berjaya mengekalkan popularitinya dalam industri.

Walaupun singkat, perkongsian Didie di Kool FM selama satu jam mampu memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana untuk terus berusaha dan jangan sesekali putus asa biarpun ditimpa pelbagai dugaan hidup.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement