Connect with us
Hot Kool Jam

Donna

Jarang Ada Anak Nak Teman Ibu Bapa Berusia Temujanji Doktor

Sampai di hospital terus saya mendapatkan mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan. Saya sembunyikan air mata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan mak

Published

on

Sampai di hospital terus saya mendapatkan mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan. Saya sembunyikan air mata saya yang ditahan supaya tidak mengalir di hadapan mak.

Beruntunglah sesiapa yang masih memiliki ibu bapa untuk berkongsi segala kisah pahit dan manisnya hidup. Sebenarnya, anda tidak perlu menunggu minggu atau hari yang sesuai untuk menyatakan betapa anda terlalu terhutang kepada mereka. Pasti semua bersetuju bahawa seharusnya setiap hari perlu menceriakan kedua ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita.
Anda sering diingatkan agar mencari keberkatan hidup di dunia dan akhirat dengan berbakti kepada kepada kedua ibu bapa. Menabur budi dan bakti kepada mereka seumpama menambah pelaburan saham ke syurga. Sayangnya masih ramai anak zaman ini, menganggap ibu bapa sebagai beban yang menyusahkan hidup mereka. Anak-anaknya merasa terbeban menanggung ibu bapa tua ini sedangkan mereka tidak pernah bersungut membesarkan anaknya. Kalau hari ini, anda boleh lihat ramai anak-anak yang membiarkan ibu bapa mereka yang sudah tua ke hospital untuk temujanji doktor sendirian. Alasan tidak dapat cuti atau ada hal lain yang lebih penting. Sedarkan anda, ketika kecil, ibu bapa anda tidak akan membiarkan anda sendirian mendapatkan rawatan jika tidak sihat.
Ini kisah yang kembali viral beberapa hari lepas mengenai seorang anak yang sedar akan ‘tanggungjawabnya’ setelah meninggalkan ibunya bersendirian di hospital untuk temujanji ulangan. Kisah sebegini perlu dijadikan pengajaran kepada semua orang agar mereka sedar untuk menyayangi kedua ibu bapa mereka dengan sepenuh hati.

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai. Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau. Saya pulang ke rumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam. Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, di atas bas saya baring di ribaa Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya.
 
Ketahui kisah lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement