Connect with us

Hiburan

Janna Nick Sudah Berpunya

Harap betul lah mereka ini sedang bercinta dan bukan gimik semata. 

Published

on

Dalam diam-diam, pelakon terkenal, Janna Nick mengakui sudah mempunyai kekasih dan kini sedang hangat bercinta.

Memilih jejaka berdarah kacukan, gerangan itu adalah pelakon, Dini Azan Schatzmann.

View this post on Instagram

DILARANG CURI🚫 • • #DINIJANNA

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya ketika dihubungi wartawan, Najiy Jefri.

Ditanya apakah sebab-sebab dia menyukai Dini, Janna menyifatkan kekasih hatinya itu seorang yang baik hati dan selalu membuat dia rasa bahagia.

View this post on Instagram

DILARANG AMBIK 🚫 • • #DINIJANNA

A post shared by Dini Azan Schatzmann (@dinischatzmann) on

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.

“Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” ujarnya lagi.

Harap betul lah mereka ini sedang bercinta dan bukan gimik semata.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement