Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

“Janji Pinggang Maintain Pinggang Anak Dara” – Rozita Che Wan

Segak sungguh Che Ta!

Published

on

Pelakon popular, Rozita Che Wan ada memuat naik sekeping foto outfit of the day (OOTD) di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, pelakon drama Kak Marr itu merasakan dirinya kelihatan membesar ketika menggayakan baju dan seluar ‘diskang’.

View this post on Instagram

Sesekali pakai seluaq diskang ni qasa mcm membesar plk.. tp tk pa.. yg besaq tu bj, janji pinggang maintain pinggang anak daqa 😋. . 📷 @aslvn . . 👜 IRIS DUSTY PINK . @byrcw . 0199633618

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Namun apa yang lebih mencuri perhatian peminat apabila Che Ta mendedahkan pinggangnya maintain seperti anak dara biarpun menggayakan pakaian bersaiz besar.

“Sesekali pakai seluaq diskang ni qasa mcm membesar plk.. tp tk pa.. yg besaq tu bj, janji pinggang maintain pinggang anak daqa 😋,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji kecantikkan dan cara pelakon berusia 47 tahun itu berfesyen.

Sebagai rekod, Che Ta telah berkahwin dengan aktor, Zain Saidin pada 13 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga memiliki dua anak lelaki bernama Ammar Affendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan terdahulu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement