Connect with us

Gaya Hidup

Jangan tertipu! 5 mitos tentang kucing ini sebenarnya tak betul

Published

on


KALAH betul dengan kecomelan kucing-kucing. Nak lagi kalau yang secara semulajadi memiliki wajah dengan mata yang seakan-akan nak menangis. Bagi sesetengah orang, haiwan peliharaan seperti kucing macam kucing sudah dianggap sebagai kawan karib. Kalau nak luah perasaan, akan cari kucing.

Kalau bangun pagi tak nampak kucing, habis menggelabah tak tentu fasal. Sebenarnya, ada beberapa mitos tau tentang kucing yang mungkin ada diantara kita yang masih percaya. Jom kita baca apakah mitos tersebut.

Suka susu

Dekat dalam filem-filem yang kita tengok selalunya akan tunjuk scene orang bagi kucing minum susu. Sebenarnya waktu kecil sahaja kucing ini memerlukan susu daripada ibu mereka. Kalau kerap minum susu waktu dah besar, laktosa dalam susu akan berkumpul dekat sistem pencernaan kucing menyebabkan kucing memiliki masalah bau badan. Kalau korang bagi kucing minum susu semangkuk sehari, kucing korang akan mengalami kegemukan.

via GIPHY

Kucing makan ikan sahaja

Aip! siapa kata. Sebenarnya kucing pun perlu nutrisi untuk hidup. Mereka memerlukan banyak protein. Kalau kurang protein, mereka akan kena masalah kulit, masalah pendengaran, masalah jantung dan hati. Kucing akan makan apa sahaja untuk memenuhi keperluan nutrisinya. Kalau korang tak bagi cukup makanan nutrisi, dia akan menggunakan nalurinya untuk cari haiwan dan memakannya.

Kucing liar sama

Kucing liar ni ramai yang cakap pengganggu. Mereka selalunya kasar dan jarang ada hubungan baik dengan manusia. Tapi sebenarnya, mereka kenal orang. Memang mula-mula mereka agak takut. Tapi bila dah ada kepercayaan dekat korang. Mereka akan baik sahaja.

via GIPHY

Kucing boleh lompat tinggi sebab kaki kuat

Aha! jangan tertipu. Sebenarnya mereka boleh lompat tinggi sebab bahagian tubuh depan mereka. Bahagian belakang badan mereka akan secara automatik bertindak untuk pendaratan yang sempurna kepada kucing. Sebab itulah, ada sahaja kes kucing mengalami kecederaan kerana gagal mengagak jarak lompatan mereka. Ini kerana kaki mereka tak sekuat yang kita bayangkan.

Kucing nampak ke?

Sebenarnya, kucing tak boleh tengok semua warna tau. Ha, maksudnya, mereka boleh tengok warna biru-ungu, kuning, dan hijau iaitu warna yang dapat dilihat oleh mereka yang buta warna. Tapi, mata mereka sangat tajam tau apalagi kalau di dalam tempat gelap.

via GIPHY

Kucing tidur sebab malas

Korang bangun pagi, kucing korang tidur. Korang balik kerja pun kucing korang masih tidur. Sebenarnya pola hidup kucing memang macam itu tau. Mereka bukan malas. Tapi mereka kena tidur 16 jam sehari. Walaupun tengah tidur, deria rasa mereka tetap aktif. Jadi boleh kesan kalau ada mana-mana haiwan nak terkam mereka.

Baiklah, mesti korang dah tambah serba sedikit ilmu tentang kucing kan. Lepas ini jangan kejutkan kucing korang pula waktu mereka tidur. Sebab sifat semulajadinya memang begitu. Okaylah, sis nak pergi bagi kucing sis makan. Bye!

Sumber: IDN Times

 

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement