Connect with us

Gaya Hidup

Jangan terkena! Ini benda korang kena tahu tentang Influenza

Published

on


SEJAK akhir-akhir ini, banyak pula kes Influenza dilaporkan. Tapi kalau nak diikutkan, iklim tropika macam Malaysia ini memang terdedah dengan penyakit Influenza dan memang dilaporkan sepanjang tahun. Cuma, ia terjadi dalam julat yang kecil.

Tapi apa yang merisaukan ialah, virus ini memang mudah berjangkit. Tak kisahlah dari segi sentuhan ataupun cecair dari hidung. Jadi, dalam artikel ini sis nak roger sikit beberapa info tentang penyakit ini. Yelah, mencegah kan lebih baik dari merawat.

via GIPHY

Siapa yang berisiko

Memanglah semua orang berpotensi untuk kena. Tapi golongan yang berisiko terkena penyakit ini ialah kanak-kanak bawah 5 tahun, ibu mengandung dan warga emas. Ini kerana, imun badan yang lemah membuatkan mereka mudah dijangkiti Influenza.

Apa nak buat elak terkena

Amalkan tabiat kebersihan dekat rumah korang macam cuci tangan dengan sabun, jauhkan tangan dari muka, tutup mulut dan hidung ketika bersin. Kalau korang ada anak atau adik kecil, jauhkan mereka dari orang yang sakit.

via GIPHY

Virus merebak

Virus ini mudah merebak tau antaranya menerusi rembesan cecair seperti bersin, batuk, sentuhan mahupun udara. Kalau korang memunyai tanda-tanda Infuenza, doktor akan periksa dulu sampel cecair hidung.

Apa jadi lepas disahkan hidapi Influenza

Kalau korang tiba-tiba disahkan mengidapi Influenza, korang akan dirawat dengan rawatan  antiviral oseltamivir yang memakan masa lima hingga tujuh hari.  Kalau korang ounya sakit agak serius, doktor akan tahan dekat hospital sampai sembuh.

Kalau korang dah demam, selesema, batuk dan sakit kepala. Silalah ke doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan awal. Jangan lupa kongsikan artikel ini dekat kawan-kawan tau!

via GIPHY

Sumber: Berita Harian

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement