Home > #CeriteraKool > Jangan Terkejut Jika Gambar Anda pula yang Tular..

Jangan Terkejut Jika Gambar Anda pula yang Tular..

Ha, jangan main-main tau. Rapid KL kini sudah mula memuatnaik gambar pengguna yang menyalahgunakan fasiliti pengangkutan awam tersebut ke laman sosial rasminya . Lepas ni kalau anda buat hal, jaga-jaga. Mungkin gambar anda pula yang akan viral.

Yang sebenarnya tujuan pihak Rapid KL buat begitu adalah untuk mendidik orang ramai supaya menggunakan pengankutan Rapid Kl dengan betul. Teguran atau mesej yang diberi pun dibuat secara bersahaja dan ada diantaranya boleh dianggap kelakar.

Come to me, sayang sayang sayang.Say with me, sayang sayang sayang.Please don't sleep, sayang sayang sayang.On MRT,…

Posted by Rapid KL on Monday, 31 July 2017

 

As we are not filming any "MARVEL" movie scene in our train, we strongly believed this is a missing CHILD. PM us if this CHILD is yours.#tegursebabsayang#spidermandoesnttakemrt #蜘蛛侠不搭捷运#solvathunanmaike

Posted by Rapid KL on Saturday, 29 July 2017

 

Teguran lembut dengan penggunaan hashtag seperti #tegursebabsayang, dan sebagainya dilihat mudah diterima oleh pengguna berbanding teguran tegas dan lebih garang.

Menurut pihak Rapid KL, mereka mendapat banyak laporan mengenai beberapa perlakuan negatif beberapa penumpang yang tidak menghormati penumpang lain. Antaranya adalah seperti makan dan minum di dalam kenderaan.

 

Fatah Amin dan juga Fazura, Pelakon pujaan ramai sekarang, Wahai kakak yang sedang bergembira, Makan dan minum dilarang ye sayang.#gentlereminder #nasihatdulunantisiaplaa

Posted by Rapid KL on Thursday, 27 July 2017

 

Namun jangan risau, kerana setiap gambar yang dimuatnaik  ke laman sosial tidak akan menampakkan wajah pelaku. Pendekatan ini lebih mudah dan lebih berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pengguna.

 

Kehadapan semua penumpang yang dikasihi (SEKIRANYA MASIH BELUM TAHU), beg plastik tidak memerlukan tempat duduk khas di…

Posted by Rapid KL on Friday, 28 July 2017

 

Apa pun, diharapkan semua pengguna lebih berhemah dalam menggunakan perkhidmatan awam okay. Ingat, bukan kita seorang yang akan menggunakannya. Ramai lagi yang ingin menikmati perkidmatan awam dengan selesa.

 

 

 

 

Sumber Gambar & Video : RapidKL