Connect with us
Hot Kool Jam

Uncategorized

"Jangan Takut Jalani Ujian Kanser" -Dr Dzulkefly

Rakyat disaran mengambil tindakan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan kepentingan menjalani ujian saringan dan mengenali tanda-tanda dan gejala awal kanser.

Published

on

Sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, rakyat digesa untuk tingkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan kepentingan menjalani ujian saringan serta mengenali tanda-tanda awal kanser.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, semua pihak perlu bersama perangi mitos tidak benar dan salah faham yang menyebabkan rakyat enggan jalani saringan atau melewatkan rawatan awal serta percaya kepada terapi atau rawatan yang tiada bukti keberkesanan.

Related image

 

Menurut Dr Dzulkefly, kanser kini penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat, dengan tiga jenis tertinggi untuk lelaki adalah kolorektal (16.4 peratus), paru-paru (15.8 peratus) dan nasopharynx (8.1 peratus), sementara wanita, payudara (32.1 peratus), kolorektal (10.7 peratus) dan serviks (7.7 peratus).

Beban penyakit kanser dijangka meningkat disebabkan oleh prevalen faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases atau NCD) yang tinggi dan populasi menua (aging population) di Malaysia.

Dr Dzulkefly berkata, kementeriannya menyediakan perkhidmatan saringan untuk empat jenis kanser iaitu payudara, serviks, kolorektal dan oral di klinik kesihatan kerajaan, sementara saringan bagi individu berisiko tinggi untuk kanser tertentu seperti hati, prostat dan nasopharynx boleh didapati di hospital kerajaan.

Related image

Kata beliau, Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang akan mula dilaksanakan Mac 2019 menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Manakala Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam diperkenalkan untuk membantu Kumpulan B40 dengan memberi perlindungan perubatan dalam bentuk bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan untuk 36 jenis penyakit kritikal, yang turut merangkumi kanser.

Beliau berkata, kerajaan sudah memperkenalkan kedua-dua skim ini untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan diperlukan, mengurangkan bebanan kos rawatan dan meningkatkan kualiti hidup Kumpulan B40.

 
Sumber dari: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement