Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Jangan Panik Insiden Letupan di RAPID Pengerang

Masyarakat awam diminta tidak panik susulan insiden letupan di Pengerang Johor

Published

on

Masyarakat awam diminta tidak panik susulan insiden letupan di tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan, berkata kebakaran tidak membabitkan sehingga satu peratus.

Image result for rapid pengerang

“Kita baru mengadakan taklimat bersama PETRONAS dan bomba selama 30 minit.

“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah atas kepantasan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) mengekang atau mematikan (kebakaran) dalam tempoh satu jam.

“Saya difahamkan hanya dua yang cedera ringan. Kita menyeru rakyat bertenang dan jangan panik kerana tiada apa-apa masalah kerana api sudah dipadamkan, selain tiada sebarang kebocoran gas serta tidak mengganggu keadaan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Image result for rapid pengerang

Aminolhuda berkata, insiden yang terjejas itu hanya membabitkan gegaran saja.

“Hasil maklumat awal, terdapat enam rumah di Kampung Lepau terjejas, yang lain (kawasan terbabit) masih dalam siasatan.

“Bagi mengenal pasti punca kejadian akan mengambil masa kira-kira tiga hari,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse, berkata kerajaan negeri berjanji membantu penduduk yang kediamannya terjejas.

“Kita melawat di rumah Kampung Lepau, dekat sini, iaitu kampung yang paling hampir dengan tempat kejadian dengan hanya kira-kira lima kilometer.

“Tiada yang cedera, hanya siling runtuh, kaca pecah dan berdasarkan maklumat antara yang terjejas termasuk Kampung Lepau, Kampung Sungai Kapal dan Taman Rengit Jaya.

“Bacaan gas berada pada paras baik dan tiada ancaman. Kerajaan negeri berharap orang awam faham keadaan ketika ini. Memang ada gambar diviralkan, orang di luar ingat teruk seperti yang berlaku ketika pencemaran Sungai Kim Kim, tetapi sebenarnya tidak.

“Kebocoran ini bukan daripada tangki, sebaliknya paip di tapak projek,” katanya.

 

Sumber dari: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement