Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

“Jangan tidur je!” Coach Kongsi Tip Cergas di Bulan Puasa Semasa PKP!

Tetapkan 2 goal; short term dan long term!

Published

on

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan susulan pandemik Covid 19, ramai yang memanfaatkan masa terluang di rumah dengan beberapa aktiviti, antaranya senaman.
Yang pasti, ada juga yang sudah membuat persediaan menjelang Ramadhan, sekiranya tempoh PKP itu dilanjutkan. Ambil peluang berpuasa ini untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Seorang jurulatih kecergasan bernama Coach Syahmi berkongsi beberapa tip kecergasan diri di bulan puasa semasa PKP dalam temubual bersama AG, Haiza dan Muaz. Menurutnya, perjalanan kehidupan ketika ini perlu bertukar mengikut gaya “new normal”.

Kalau sebelum ini, beberapa agenda telah disusun seperti sejurus selepas sahur, diikuti menghantar anak ke sekolah, pergi bekerja, membeli juadah berbuka dan sebagainya. Namun kini, segalanya berubah dan Coach  Syahmi mencadangkan beberapa “challenge”  untuk dibuat sendiri oleh semua individu ketika di rumah.
Cabaran pertama, menurut Syahmi,

“Jangan jadikan masa PKP ni nak balas dendam untuk tidur di bulan puasa”

Yang kedua, lakukan senaman di rumah, dan “educate” rakan dan followers dengan cara ini di media sosial, seperti senaman kardio dan weight training.

Paling penting, perlu bersemangat, mendapat tidur yang cukup dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Syahmi menegaskan, jangan lupa buat senaman regangan pemanas badan. Jika ia tidak dilakukan, suhu badan tidak meningkat ke paras optimum untuk latihan, sekaligus tidak dapat memanaskan otot-otot besar seperti di peha. Ini juga untuk mengelakkan third grade tear.

Dalam temubual bersama AG Haiza dan Muaz, Haiza turut bertanya mengapa kaum wanita sering dikaitkan dengan membuat senaman kardio?

Dengarkan penjelasan coach Syahmi di bawah, selain penjelasan bagi yang bersenam untuk kesihatan atau untuk kecantikan. Menurutnya, tetapkan dua sasaran, dengan sasaran jangka panjang adalah untuk kecantikan.
Coach turut berkongi work out mudah di rumah, hanya menggunakan kerusi!
Apa lagi, kekal cergas sepanjang bulan puasa, boleh lah cantik di hari raya!
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement