Connect with us

Hiburan

“Jangan Merajuk” Puisi PU Azman Untuk Raja Permaisuri Agong Mencuit Hati

“Jangan merajuk..”

Published

on

Umum mengetahui, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selalu dilihat menggunakan laman Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang untuk berkongsi pelbagai perkara dan aktiviti yang dilakukan.

Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah yang dilaluinya.

Image result for telatah azizah permaisuri twitter

Sehubungan itu juga, netizen gemar melihat dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong di setiap perkongsiannya sehingga ada beberapa yang menjadi tular.

Bagaimanapun, semakan di media sosial kini mendapati, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.

Tangkapan skrin menunjukkan akaun Twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui

Ada yang mendakwa, Tuanku menyahaktifkan akaunnya susulan terdapat individu yang melakukan buli siber terhadapnya.

Bagaimanapun, PU Azman menerusi laman Instagram miliknya tampil dengan puisi beberapa rangkap buat Tuanku

View this post on Instagram

Sekadarnya dari patik. . . Kurniaan Allah Maha Hebat, Tanah Malaysia berdaulat, Punya permaisuri mesra rakyat, Tuanku Azizah senyum melekat. . Walau tinggi berpangkat, Namun sudi sumbang kudrat Bantu melarat, Tak kira darjat. . Tunku Che Minah pandai masak, Rahsia kasih agung terpasak, Di dapur tak kekok rancak, Buat santapan yang enak. . Mesra seleranya dengan durian, Sampai singgah tepi jalan, Memilih yang berkenan, Raja buah dicari raja insan. . Tudung labuh indah terserlah, Inspirasi fesyen muslimah, Butir bicara sentiasa ramah, Buat terasing macam serumah. . Tunku jangan merajuk, Warga jelata tak senang duduk, Kasih erat terpupuk, Bagai kuali dengan senduk. . Mohon tuanku jangan palau, Nanti hati resah galau, Hulurlah kasih datang meninjau, Menepis rindu membuang risau. . Moga Tuhan limpah rahmat, Beri bimbing petunjuk tepat, Dirgahayu Tuanku usia berkat, Kasih abadi sampai akhirat. . Sekian dari patik, -Cik Man-. . Tuanku, sudikah payung patik durian?😔

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Rata-rata terhibur dengan puisi terbabit dan tidak kurang ada yang meminta Tuanku aktif semula dengan laman Twitter.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement