Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Jangan malu, ini cara untuk mendapatkan nombor telefon jejaka idaman korang!

Published

on


MENGORAT ni kadangkala tak salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu. Tapi kena lah dengan cara yang betul. Kalau kena dengan caranya, sudah tentu kena dengan hasilnya.

Sis faham kadang kala kita perempuan ni mempunyai sifat malu yang tinggi lagi-lagi kalau bab mengurat ni. Jaarng kita dengar cerita perempuan start dulu.

Kalau nak cerita pasal malu ni, sampaikan banyak yang melepas peluang untuk berkenalan dengan jejaka idaman masing-masing.

via GIPHY

Kalau ada diantara korang yang berani sikit, cuba lah berseloroh atau melawak untuk mendapatkan nombor telefon tu. Kira macam korang test dulu lah nak tengok jejaka idaman tu ‘on’ ke ‘tak on’ kan?

Tapi berhati-hati! Jangan nampak macam nak try hard sangat, karang korang pulak yang malu kena ‘bahan’ !

Selain daripada tu, korang kalau segan sangat tapi mahu, sis sarankan korang cuba untuk minta pada rakan-rakannya. Kalau korang dah mula kan komunikasi tu, jangan pula nak acah jadi gadis misteri pula! Karang tak pasal kena block nanti, ha sudah.

via GIPHY

Bukan itu sahaja, mungkin korang boleh cari alasan seperti minta tolong dia tangkapkan gambar, kemudian suruh saja dia hantarkan gambar tu di whatsApp! Ha mudahkan? tapi kena tengok juga nasib ni. Sis harap menjadi lah.

Tambahan pula, korang boleh tengok social media nya seperti Facebook dan sebagainya. Mana tahu si jejaka tersebut ada meletakkan nombor telefonnya di bio? Kalau tak pun korang dah boleh cuba untuk berinteraksi di internet!

via GIPHY

Ini trick yang sis pernah belajar dengan rakan-rakan sis. Korang cuba untuk meminjam telefon jejaka itu untuk cuba membuat panggilan. Gunakan alasan seperti korang tak jumpa dekat mana telefon korang!

Sis harap artikel ini dapat membantu korang yang sedang mencari jodoh tu dan semoga mendapat jodoh yang baik!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement