Home > #CeriteraKool > Jangan Berlagak Kalau Bukan Pakar -Harith Iskander

Jangan Berlagak Kalau Bukan Pakar -Harith Iskander

Pelawak terkenal, Harith Iskander menasihatkan rakyat agar tidak berlagak pandai dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara atau isu semasa andainya tidak benar-benar memahami serta mempunyai pengetahuan mendalam tentang perkara berkenaan.

Harith melalui post terbaru di laman Facebook miliknya, telah memuat naik sebuah video yang menggambarkan mengenai ragam netizen yang suka memperkatakan mengenai sesuatu topik sedangkan apa yang diperkatakan itu kurang difahami oleh individu terbabit.

Terutamanya apabila tiba musim perlawanan bola sepak (atau terutamanya seperti situasi sekarang, sebelum pilihan raya) Kita cakap macam kita memang pakar topik tersebut – padahal kita dapat maklumat dari post kat FB jer

Harith, antaranya memberi contoh isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pe Hal Bro! Football vs Politics

I love how we sometimes talk about topics as if we are experts in the subject. Without a hint of irony. Especially when it come to Football and Politics. (And especially now, just before the elections) Kita cakap macam kita memang pakar topik tersebut – padahal kita dapat maklumat dari post kat FB je 🤣Overhearing conversations at the mamak and reading posts on social media makes me laugh sometimes. This is the first of a series of videos I've come up with to celebrate Malaysian-isms.Makes me wanna say … Pe Hal Bro!#HarithIskander#PeHalBro #Football#Politics

Posted by Harith Iskander on Saturday, 5 May 2018

Sementara itu, menurut Harith yang pernah dinobat sebagai Manusia Paling Lucu Di Dunia 2016, kadangkala dia tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar perbualan di kedai mamak atau membaca entri di laman sosial oleh netizen yang beriya-iya berlagak seperti seorang pakar.

Kalau kita bukan expert jangan kita nak berlagak macam kita expert. Jadi lain kali jangan saja share apa-apalah kecuali kita tahu dan pasti benda tu betul. Kita make sure benda tu sahih.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikutnya. Ada yang bersetuju dan ada yang memberi komen kurang bersetuju dengan gambaran yang diberikan Harith dalam video itu.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply