Connect with us

Hiburan

Jamal Timang Anak Perempuan Pertama

Tahniah Dato Jamal!

Published

on

Penyanyi terkenal, Dato Jamal Abdillah selamat menimang cahaya mata perempuan apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat bersalin di sebuah Pusat Perubatan Swasta di Shah Alam pada jam 5.35 petang Khamis.

Bayi comel yang diberi nama Nur Azura Yamani itu dilahirkan dengan berat 2.7kg secara pembedahan dan dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, ia adalah anugerah terindah daripada Allah SWT kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga.

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” kata Raja pop itu.

Menurut Jamal, Zai Izzati akan ditahan selama beberapa hari di wad sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

“Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti,” ujarnya lagi.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan isteri pada 1 April 2017 dan ini merupakan perkahwinan kali keempat buatnya.

Sebelum ini penyanyi kelahiran Ipoh, Perak itu pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun ketiga-tiganya berakhir dengan penceraian.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement